PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN MEMBINA JALAN BAHARU DARI LALUAN PERSEKUTUAN (FT001) PERSIMPANGAN PANTAI JOHOR KE LALUAN PERSEKUTUAN (FT175) PERSIMPANGAN HUTAN KAMPUNG / KAMPUNG BOHOR, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN MEMBINA JALAN BAHARU DARI LALUAN PERSEKUTUAN (FT001) PERSIMPANGAN PANTAI JOHOR KE LALUAN PERSEKUTUAN (FT175)PERSIMPANGAN HUTAN KAMPUNG / KAMPUNG BOHOR,
DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KKR/BPJ/16/2026/TT

Pejabat Yang Memanggil

BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA

Status Syarikat

Kod Bidang 

340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutan 

atau 

340202 – Kajian Trafik

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM50.00
Lawatan Tapak
  1. Taklimat tender secara fizikal akan diadakan pada 24 April 2026. Hanya petender yang melepasi tapisan saringan wajib  sahaja akan diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.
  2. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.
  3. Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut https://forms.gle/5R9zbWyoFe5JCd1cA pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 16 April 2026 sehingga 22 April 2026 sebelum jam 11.59 malam.
  4. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh lima (5) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.
  5. Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula dari 27 April 2026 sehingga 30 April 2026.
  7. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi
    Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 18 Mei 2026 (12:00 tengah hari). Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  8. Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
    Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR 18 Mei 2026 (12.00 tengah hari)
Tarikh Tutup