(TAWARAN SEMULA) PEMASANGAN SISTEM ICT UNTUK PEMBINAAN BALAI POLIS KUALA PENYU DAN PERUMAHAN, BEAUFORT, SABAH | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

(TAWARAN SEMULA) PEMASANGAN SISTEM ICT UNTUK PEMBINAAN BALAI POLIS KUALA PENYU DAN PERUMAHAN, BEAUFORT, SABAH

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

Status Syarikat

Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di NEGERI SABAH

Gred CIDB
G4/G5/G6/G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E07, E08, dan E14 yang masih sah ATAU Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G4/G5/G6/G7 dan PUKONSA dalam C / B / A  Head: VIII Telecommunication Works, Sub-Head: 1 & 2 yang masih sah.

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Lawatan Tapak
  1. Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada  16 April 2026, jam 9.30 pagi secara FIZIKAL bertempat di Bilik Mesyuarat A, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pasukan Projek Khas 2, Aras 4, Blok C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut.

  1. Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

  1. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 17 April 2026 sehingga 24 April 2026. 

  1. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya SERAHAN TANGAN, PERKHIDMATAN POS BERDAFTAR atau KURIER dan DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA di alamat:

    JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, PASUKAN PROJEK KHAS 2, ARAS 4, BLOK C, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH, JALAN UMS, 88450 KOTA KINABALU, SABAH TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 04 Mei 2026.

  1. Sebarang pertanyaan sila email ke noorhashim@jkr.gov.my.
Tarikh Tutup