PEMBANGUNAN SISTEM KESELAMATAN ELEKTRONIK BERSEPADU (SKEB) DI 18 PENJARA – PENJARA KOTA KINABALU, PENJARA WANITA KOTA KINABALU, SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU, PENJARA SANDAKAN DAN PENJARA TAWAU (ADDITIONAL WORKS UPS PARALLEL KIT INSTALLATION & ADDITIONAL | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMBANGUNAN SISTEM KESELAMATAN ELEKTRONIK BERSEPADU (SKEB) DI 18 PENJARA – PENJARA KOTA KINABALU, PENJARA WANITA KOTA KINABALU, SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU, PENJARA SANDAKAN DAN PENJARA TAWAU (ADDITIONAL WORKS UPS PARALLEL KIT INSTALLATION & ADDITIONAL WORKS PERIMETER COMPOUND FLOOD LIGHTING)

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

Gred CIDB
G2/G3/G4/G5/G6/G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E04, E11 dan E17 

PUKONSA dalam Gred C / B / A  Head: VII Electrical Works, Sub-Head: 1 & 3 yang masih sah.

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Lawatan Tapak
  1. Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 14 April 2026, jam 10.30 pagi. Kontraktor dikehendaki untuk menyertai sesi Taklimat Sebut Harga di Bilik Mesyuarat Borneo, Penjara Wanita Kota Kinabalu manakala sesi Lawatan Tapak akan diadakan di Penjara Wanita Kota Kinabalu. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak tersebut.

     

  2. Penyebutharga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC), Borang Perisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

     

  3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemelkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 15 April 2026 sehingga 22 April 2026. 

     

  4. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya SERAHAN TANGAN, PERKHIDMATAN POS BERDAFTAR atau KURIER dan DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA di alamat: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Aras 4, Blok C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu, Sabah TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 4 Mei 2026. 

     

  5. Sebarang pertanyaan sila emel ke nurliana@jkr.gov.my atau hubungi di talian 03-26189874.
Tarikh Tutup