Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PEMBINAAN JALAN DARI SIMPANG PELANGAI, PAHANG KE PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN

Pejabat Yang Memanggil

BAHAGIAN PERANCANG JALAN, 

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

Status Syarikat

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutan atau 340202 – Kajian Trafik; dan tempoh pendaftaran hendaklah masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender ini diiklankan

Pengkhususan

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutan atau 340202 – Kajian Trafik; dan tempoh pendaftaran hendaklah masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender ini diiklankan

 

Perhatian:-

Borang Saringan Wajib dan Tarikh Taklimat Tender

 

Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut :- https://forms.gle/gyVUbv3sGqvnAfW7A pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 11 Mac 2024 sehingga 19 Mac 2024 sebelum jam 11.59 malam.

Taklimat tender secara fizikal akan diadakan pada 21 Mac 2024. Hanya petender yang melepasi tapisan saringan wajib sahaja akan diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.

 

Tarikh Dokumen Pelawaan Mula/Tamat Diedar Atas Talian

 

Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula Jumaat, 29 Mac 2024

 

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR

29 April 2024 (12.00 tengah hari)

 

Nota:-

1. Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut https://forms.gle/gyVUbv3sGqvnAfW7A pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 11 Mac 2024 sehingga 19 Mac 2024 sebelum jam 11.59 malam.

2. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.

3. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh lima (5) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.

4. Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.  Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 29 April 2024 (12:00 tengah hari). Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

 

 

CARTA ALIR PEMBELIAN DOKUMEN PELAWAAN SECARA ATAS TALIAN

1.

Petender WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan tersebut

https://forms.gle/gyVUbv3sGqvnAfW7A

(11 Mac 2024 hingga 19 Mac 2024 sebelum jam 11.59 malam)

2. 

Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.

3. 

Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh lima (5) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.

 4.

Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun dokumen pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.

 5.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 29 April 2024 (12:00 tengah hari). Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

 

Tarikh Mula Dijual
Harga Dokumen
RM50.00
Tarikh Tutup
29 / 04 / 2024