Langkau ke kandungan utama
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PRA-KELAYAKAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DI BAWAH SELIAAN BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH BAGI ZON TENGAH SECARA KERJASAMA AWAM SWASTA

Pejabat Yang Memanggil

UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JABATAN PERDANA MENTERI

Pengkhususan

 

SYARAT PENYERTAAN :

Peserta WAJIB memenuhi syarat-syarat berikut:-

Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G7 bagi kod bidang:
B

dengan pengkhususan

B04 dan B24;

dan

F

dengan pengkhususan

F01

ATAU

Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri
Sabah (PUKONSA);
ATAU
Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ).
Syarikat G7 yang ingin menyertai perlu menamakan syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di
bawahnya yang memenuhi tawaran Pra- Kelayakan.

*TEMPOH SAH SIJIL HENDAKLAH MELEBIHI 3 BULAN DARI TARIKH TUTUP.

 

KELAYAKAN MEMASUKI TAWARAN :

1) Syarikat G7 mempunyai keupayaan kewangan:-
 

i) Modal Berbayar minimum RM750,000.00;

ii) Net Worth semasa minimum bernilai RM1,500,000.00.


2) Keupayaan Teknikal Bagi Perkhidmatan Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan:
 

i) Mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh 3 tahun terkini dalam perkhidmatan penyelenggaraan               bangunan dan pembersihan kawasan;

ii) Memiliki Sijil CIDB yang masih sah dengan minimum penarafan Skor 3 Bintang.

3) Keupayaan Teknikal Bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan:

 

i) Syarikat berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan (“MoF”);
 

ii) Memiliki lesen, permit, atau kebenaran yang sah dan aktif yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam
    Negeri (“KDN”) untuk menjalankan perkhidmatannya;

 

iii) Merupakan Ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (“PIKM”) yang sah dan aktif sepanjang tempoh
    perjanjian konsesi;

iv) Mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh 3 tahun terkini dalam Perkhidmatan
     Kawalan Keselamatan bagi bangunan pejabat.

 

*MANA-MANA SYARIKAT SPECIAL PURPOSE VEHICLE (“SPV”) YANG SEDANG DALAM TEMPOH KONSESI DI BAWAH KERJASAMA AWAM SWASTA TIDAK LAYAK MENYERTAI PRA- KELAYAKAN INI.

 

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM1500.00
Lawatan Tapak

BUTIRAN PENDAFTARAN PESERTA ;

Tarikh pendaftaran secara fizikal pada:- 8 hingga 10 Januari2024 bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang
di alamat berikut:-

 

Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri
Aras 2,Menara Usahawan, Presint 2, 62652 PUTRAJAYA
(Seksyen Khidmat Pengurusan)

*Peserta dikehendaki membawa bersama Cop Syarikat semasa pendaftaran.

 

TARIKH DAN WAKTU PENJUALAN DOKUMEN PRA- KELAYAKAN :

Tarikh pembelian dokumen Pra-Kelayakan secara fizikal pada :- 8 hingga 10 Januari 2024 bermula
9.00 pagi hingga 4.00 petang di alamat berikut:-
Unit Kerjasama Awam swasta, Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Menara Usahawan, Presint 2, 62652 PUTRAJAYA
(Seksyen Khidmat Pengurusan)

*Pembelian dokumen Pra-Kelayakan ini hanya ditawarkan kepada syarikat yang telah berdaftar dalam
tempoh yang telah dinyatakan.

 

HARGA DOKUMEN PRA- KELAYAKAN ;

Harga dokumen Pra-Kelayakan
(soft copy):-
RM1,500.00
(Ringgit Malaysia: Seribu Lima Ratus sahaja).
Bayaran dalam bentuk Draf Bank / Banker’s Cheque
dibayar kepada:
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA- JPM-T.

*Tidak akan dikembalikan.

 

TARIKH TUTUP PENYERAHAN DOKUMEN PRA- KELAYAKAN ;

22 Januari 2024(Isnin)
 

Waktu akhir serahan:
12.00 tengah hari

 

Tempat:
Unit Kerjasama Awam Swasta,
Jabatan Perdana Menteri Aras 10,
Menara Usahawan, Presint 2,
62652 PUTRAJAYA
u.p. : Urus Setia Pra-Kelayakan, Seksyen Infrastruktur 1

 

SYARAT SYARAT

1. Syarikat hanya dibenarkan untuk membuat SATU PENDAFTARAN SAHAJA untuk setiap tawaran Pra-Kelayakan.
Pendaftaran hanya akan dibuka seperti mana pada tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas.

 

2. Semasa pendaftaran, syarikat hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak
akan dikembalikan) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan dan sijil CIDB yang dinyatakan di atas
dengan minimum penarafan Skor 3 Bintang, sijil PUKONSA/UPKJ yang masih berkuatkuasa dan membawa bersama COP
SYARIKAT.

3. Dokumen Pra-Kelayakan yang lengkap perlu diserahkan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy)
seperti berikut:
a. Hanya dokumen asal perlu mempunyai nama syarikat/ joint venture/ konsortium dan dilabel dengan jelas sebagai
“ORIGINAL” di bahagian atas kiri hadapan sampul. Tiga (3) salinan dokumen yang lain perlu dilabel dengan dengan jelas
di bahagian atas kiri hadapan sampul sebagai “COPY” dan tidak boleh mempunyai nama syarikat/ joint venture/
konsortium.
b. Pemohon juga perlu menyediakan satu (1) softcopy dalam USB Flash Drive yang mengandungi semua dokumen
Pra-Kelayakan asal dan salinan. Dokumen softcopy asal yang mengandungi nama pemohon masing-masing perlu
dinamakan sebagai “ORIGINAL”. Manakala, salinan tanpa nama pemohon perlu dinamakan sebagai “COPY”. USB Flash
Drive ini perlu diserahkan dalam satu sampul yang berasingan dan dilabel dengan jelas “SOFTCOPY” di bahagian atas
kiri hadapan sampul.

4. Dokumen Pra-Kelayakan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam SATU sampul berlakri ke Peti Tender di alamat seperti
di bawah:

Ketua Pengarah
Unit Kerjasama Awam Swasta,
Jabatan Perdana Menteri
Aras 10,

Blok Menara, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA

u.p. : Urus Setia Pra Kelayakan, Seksyen Infrastruktur 1

5. Dokumen Pra-Kelayakan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan UKAS JPM tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.

Tarikh Tutup
22 / 01 / 2024