Langkau ke kandungan utama
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Menyiapkan Baki Kerja Pembangunan Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur - Fasa 1B
 

Pejabat Yang Memanggil

Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia

Status Syarikat

TERBUKA

Gred CIDB
G7
Kategori

B

Pengkhususan

B01, B02 & B04

Atau

Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding Sarawak (UPKJ)                                       
Atau

Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA)                                          
dan 

Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya (KKR) Kategori B

TIDAK dibenarkan memohon kebenaran khas CIDB untuk gred dan Pengkhususan dalam bidang yang telah ditetapkan

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

Taklimat Tender 
Tarikh : 3 Januari 2024
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Tingkat 19, Sunway Putra Tower, No.100, Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur

Lawatan Tapak 
Tempat: Taman Persekutuan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Masa: Selepas taklimat tender
Tarikh Dokumen Mula Dijual : 
8 Januari 2024 (Isnin)
Tarikh Tutup Penjualan Dokumen :
15 Januari 2024 (Isnin) Sebelum Jam 5.00 Petang

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Sila Rujuk Sistem JET Sebelum membuat bayaran
Harga Dokumen :
RM 500.00

Kaedah Bayaran : Menerusi JomPAY Sahaja

Biller Code: 177501

Ref-1 : Nombor Tender JKR/CKUB/23157/2023

Ref-2 : Nama Syarikat 

Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Tempat : Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Tarikh Tutup Tender : 7 Februari 2024 (Rabu)
Waktu : Sebelum Jam 12.00 Tengahari

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki memohon untuk hadir taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET selewat-lewatnya atau pada 8.00 pagi 3 Januari 2024.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Hanya kontraktor yang telah disahkan, LAYAK untuk hadir ke taklimat/lawatan tapak.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau UPKJ atau PUKONSA yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Kehadiran ke taklimat tender dan lawatan tapak dihadkan hanya Dua (2) orang sahaja bagi setiap syarikat.                        
                        
                        
                        

Tarikh Tutup
07 / 02 / 2023