Langkau ke kandungan utama
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

TENDER TERBUKA PRA-KELAYAKAN TERPILIH PERINGKAT PERTAMA

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Pengurusan Portfolio, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan,

 Ibu Pejabat JKR Malaysia

Status Syarikat

BUMIPUTERA

Gred CIDB
G7
Kategori

B DAN/ATAU CE

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM50.00
Lawatan Tapak

TIADA TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala

 

Pendaftaran Kontraktor

Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan CIDB dalam Gred G7, Kategori Bangunan (B) dan/atau Kejuruteraan Awam dan Infrastruktur (CE) DAN

  1. Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dalam Gred G7, Kategori B dan/atau CE ; ATAU
  2. Berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding Sarawak (UPKJ) yang sah; ATAU
  3. Mempunyai Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) yang sah dalam gred, Kelas, Kategori dan pengkhususan yang ditetapkan.
  4. Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau PPK dan UPKJ atau PPK dan PUKONSA hendaklah masih berkuatkuasa sekurang - kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh tutup Pra-Kelayakan.
  5. Mempunyai sijil SCORE CIDB yang masih sah dengan minimum 3 Bintang ke atas yang masih sah sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2023 .
  6. Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu adalah memuaskan.
  7. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ dan PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai Pra Kelayakan ini.
  8. Kebenaran khas daripada CIDB, UPKJ atau PUKONSA untuk kategori / pengkhususan kerja yang telah ditetapkan adalah TIDAK DITERIMA.

 

Bon Tender/ Deposit Tender

Semua petender hendaklah mengemukakan Bon Tender/ Deposit Tender mengikut format di dalam Arahan Kepada Petender bernilai RM100,000.00 sebagai satu bentuk jaminan kewangan pada atau sebelum tarikh tutup Pra-Kelayakan

 

Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Kaunter Penjualan Tender, Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

05.05.2023 (Jumaat)

Hingga

 11.05.2023 (Khamis)

 

Harga  Dokumen  & Bayaran  Atas Nama

RM 50.00

 

Tarikh Bayaran:

05.05.2023 (Jumaat)

Hingga

11.05.2023 (Khamis)

 

Sebelum jam 12.00 tengahari

 

Kaedah Bayaran:

 

Secara atas talian

menggunakan JomPAY sahaja

 

Biller Code: 177501

Ref. 1: JKR/CKUB/PRA-K TPLH/2023

Ref. 2: Nama Syarikat

 

Tempat,Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Kaunter Tutup Tender

Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

11.05.2023 (Khamis)

Sebelum jam 12:00 tengahari

 

**

Bayaran bagi pembelian Dokumen Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih Peringkat Pertama ini adalah secara atas talian dengan menggunakan JomPAY sahaja. Bayaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Petender DIWAJIBKAN membawa bersama Slip Bayaran (ASAL beserta salinan), Sijil-sijil (ASAL beserta salinan) semasa mendapatkan dokumen pra-kelayakan yang akan dikemukakan dalam bentuk digital iaitu melalui pemberian KOD QR (QR CODE) dari 05.05.2023 (Jumaat) hingga 11.05.2023 (Khamis).

 

Pada tarikh tutup Pra-Kelayakan Terpilih Peringkat Pertama, Dokumen Pra-Kelayakan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender kepada Kaunter Tutup Tender, Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup
11 / 05 / 2023