CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Bahagian Pengurusan Maklumat
Tingkat 4 & 8, Blok B Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
No Telefon Am : 603-27715057
ICT Sebagai Pemacu Strategik Pembangunan Infrastruktur dan Industri Pembinaan Negara.
- Memperkasakan pembangunan ICT KKR melalui pengukuhan infrastruktur dan aplikasi yang bersepadu, dinamik dan efektif seiring dengan teknologi terkini yang sesuai.
- Memantapkan pembudayaan dan pengurusan ICT ke arah perkhidmatan professional yang lebih cekap dan berdaya saing.
- Memastikan program ICT Kementerian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan kehendak stakeholders.
- Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam melalui Portal Kementerian Kerja Raya secara meluas.
- Meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan warga Kementerian Kerja Raya.
Merangka hala tuju transformasi digital Kementerian melalui Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) dan mereka bentuk seni bina teknologi bersepadu (Enterprise Architecture - EA) bagi menyelaraskan proses bisnes, data dan sistem tanpa pertindihan.
Mengurus tadbir kelulusan ICT di peringkat kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan agensi pusat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA).
Merancang, menyelaras dan memantau permohonan serta unjuran bajet pembangunan (Rolling Plan Rancangan Malaysia) bagi projek / program bukan fizikal - ICT Kementerian.
Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi, portal rasmi dan analitik data raya KKR bagi menyokong keperluan operasi dan proses kerja Kementerian.
Memberi sokongan teknikal terhadap pelaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik (Electronic Governement - EG).
Menyediakan peralatan, kemudahan dan khidmat sokongan teknikal ICT.
Mengurus perolehan, pendaftaran, pengagihan, penyelenggaraan, pemantauan dan pelupusan aset ICT.
Menyediakan latihan berkaitan sistem aplikasi dan pendigitalan serta khidmat nasihat teknikal ICT.
Mengoperasi, menyelenggara dan melaksana perolehan pusat data, rangkaian & keselamatan ICT.
- Memberi maklumbalas kepada setiap aduan berkaitan ICT yang diterima dalam tempoh (1) hari bekerja. Aduan fasiliti ICT akan diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
- Memastikan capaian bagi Portal Rasmi KKR dan perkhidmatan ICT beroperasi dengan baik sekurang-kurangnya pada tahap 98% setahun.