Bahagian Pengurusan Maklumat | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

BPM 

Alamat Jabatan

Bahagian Pengurusan Maklumat
Tingkat 4 & 8, Blok B Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

No Telefon Am : 603-27715057

Visi

ICT Sebagai Pemacu Strategik Pembangunan Infrastruktur dan Industri Pembinaan Negara.

Misi
  • Memperkasakan pembangunan ICT KKR melalui pengukuhan infrastruktur dan aplikasi yang bersepadu, dinamik dan efektif seiring  dengan teknologi terkini yang sesuai.
  • Memantapkan pembudayaan dan pengurusan ICT ke arah perkhidmatan professional yang lebih cekap dan berdaya saing.
Objektif
  • Memastikan program ICT Kementerian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan kehendak stakeholders.
  • Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam melalui Portal Kementerian Kerja Raya secara meluas.
  • Meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan warga Kementerian Kerja Raya.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Merangka hala tuju transformasi digital Kementerian melalui Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) dan mereka bentuk seni bina teknologi bersepadu (Enterprise Architecture - EA) bagi menyelaraskan proses bisnes, data dan sistem tanpa pertindihan.

  • Mengurus tadbir kelulusan ICT di peringkat kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan agensi pusat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA).

  • Merancang, menyelaras dan memantau permohonan serta unjuran bajet pembangunan (Rolling Plan Rancangan Malaysia) bagi projek / program bukan fizikal - ICT Kementerian.

  • Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi, portal rasmi dan analitik data raya KKR bagi menyokong keperluan operasi dan proses kerja Kementerian.

  • Memberi sokongan teknikal terhadap pelaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik (Electronic Governement - EG).

  • Menyediakan peralatan, kemudahan dan khidmat sokongan teknikal ICT.

  • Mengurus perolehan, pendaftaran, pengagihan, penyelenggaraan, pemantauan dan pelupusan aset ICT.

  • Menyediakan latihan berkaitan sistem aplikasi dan pendigitalan serta khidmat nasihat teknikal ICT.

  • Mengoperasi, menyelenggara dan melaksana perolehan pusat data, rangkaian & keselamatan ICT.

Piagam Pelanggan
  • Memberi maklumbalas kepada setiap aduan berkaitan ICT yang diterima dalam tempoh (1) hari bekerja. Aduan fasiliti ICT akan diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • Memastikan capaian bagi Portal Rasmi KKR dan perkhidmatan ICT beroperasi dengan baik sekurang-kurangnya pada tahap 98% setahun.