Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Tawaran Pemasangan Sistem Elektrik Untuk Pembinaan Ramp/flyover Sepanjang 300m Dari Jalan P15h Ke Persiaran Timur Bagi Tujuan Penyuraian Trafik

Pejabat Yang Memanggil

Unit Perunding Rekabentuk Jalan dan Pengangkutan
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
 

Status Syarikat

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan  yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah

Pengkhususan

1.    Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan  yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G3 Kategori E Pengkhususan E04, E11,E16 serta E17. 

2.    Kontraktor yang berminat dikehendaki membuat pendaftaran di atas talian  melalui pautan https://forms.gle/ruHnbEjk5FjEpekU7 atau imbas  kod QR  bermula dari 11 April 2022 (Isnin), jam 8.00 pagi sehingga 13 April 2022 (Rabu), jam 12.00 tengah hari sahaja. 

3.    Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Hanya kontraktor yang telah melengkapkan pendaftaran dan melepasi saringan akan disenarai pendek dan dipelawa melalui email atau surat untuk ke sesi Taklimat Sebut Harga yang akan diadakan pada 15 April 2022 (Jumaat), jam 3.00 petang secara dalam talian. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga.

4.    Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi saringan dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula  16 April 2022 (Sabtu) sehingga 18 April 2022 (Isnin). 

5.    Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 25 April 2022 (Isnin). 

6.    Sebarang pertanyaan sila email ke flyoverp15h.uprjpcke@jkr.gov.my
 

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Tarikh Tutup
25 / 04 / 2022