Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Jalan Dari Kg Joh Ke Kg Kuala Sat, Machang, Kelantan.
(No. Tender : Jkr/ip/cj/t/2022/30)        

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Jalan, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jkr Malaysia, Jalan Raja Laut, 
50582 Kuala Lumpur

Status Syarikat

BUMIPUTERA
A1

Gred CIDB
G7
Kategori

CE

Pengkhususan

CE01 & CE02

ATAU UPKJ Kelas A, Kepala I, III dan IV ATAU PUKONSA Kelas A, Tajuk I dan Tajuk Kecil 1 & 2 dan juga Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah.    

    

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER TIDAK DIWAJIBKAN

Walau bagaimanapun, Petender adalah digalakkan untuk menghadiri ke sesi lawatan tapak dan taklimat tender yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Taklimat Tender akan diadakan sepertimana berikut:
i. Tarikh: 16/06/2022 (Khamis)
ii. Masa: 10.00 Pagi
iii. Tempat: JKR Machang, Kelantan
iv. Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi
Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran
semasa taklimat tender dijalankan.

Dokumentasi Taklimat Tender

i. https://jcloud.jkr.gov.my/index.php/s/LPTvEejt38QkvsD

Borang Penyertaan Tender

i. BORANG SARINGAN WAJIB Daftar Di Sini (https://forms.gle/4grtqdkLjCVkFUTS8)

ii. Petender yang memenuhi syarat hendaklah mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai di pautan mulai 8 Jun
2022 hingga 10 Jun 2022 (11.59 Malam). Hanya Petender yang layak dan telah lulus saringan akan menerima e-mel
untuk membuat pembayaran secara atas talian melalui JomPAY SAHAJA dan bukti transaksi perli dikemukakan melalui
e- mel sebagai Slip Bayaran. Petender hendaklah membuat bayaran dalam tempoh TIGA (3) hari selepas menerima
e-mel tatacara pembayaran. Petender yang telah mengemukakan Slip Bayaran JomPAY yang telah disemak dan
disahkan oleh Pejabat Memanggil Tender akan menerima e-mel Nama Pengguna beserta Kata Laluan/Pautan Muat
Turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud.

iii. Petender yang mempunyai kebenaran khas ke atas Kategori & Pengkhususan dari CIDB adalah tidak dibenarkan untuk
menyertai tender ini. Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Petender dalam
memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. Sebarang aduan
berkaitan perkara ini tidak akan dilayan.

Maklumat Tender Dokumen

Harga : RM 500.00
Bayaran Secara Atas Talian
e-melkan Bukti Transaksi kepada alamat e-mel Pegawai Memanggil Tender dan salinkan kepada e-mel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my,
Tarikh mula dijual : 27/06/2022
Tarikh akhir dijual : 01/07/2022
Tempat dijual :
Dokumen Tender boleh dimuat turun (Download) melalui capaian URL (Link URL) yang akan diemelkan kepada petender yang melepasi saringan awalan.
Tarikh ditutup : 22/07/2022
Waktu ditutup : 12:00 tgh
Tempat ditutup :
Cawangan Pengurusan Perolehan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender.

Tarikh Tutup
22 / 07 / 2022