Sistem Pencegah Kebakaran Dan Sistem Mekanikal Berkaitan Untuk Pembinaan Gantian Penuh 12 Bd Dan Lain-lain Kemudahan Di Sk Jalan Haji Baki, Padawan, Sarawak
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur
T1 / Terbuka
ME
Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)
Gred : G4
Kategori : ME
Pengkhususan : M01 & M02
Atau
Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan berdaftar dengan UPKJ
Kelas : BX
Kepala : V
Sub-Kepala : 3 & 6
TIADA
Perhatian:
Tarikh Dokumen Mula/Tamat Jual Atas Talian
Dokumen Tender akan dijual secara atas talian bagi petender yang melepasi tapisan saringan wajib dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA
1 Ogos 2022 Hingga 4 Ogos 2022
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 100.00
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KKR-T
Bayaran Menggunakan JOMPAY
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Unit Tawaran Pusat, Caw. Pengurusan Perolehan Dan Harta,
Bahagian Kewangan, Tkt. Bawah Blok A,
Kem. Kerja Raya , Jln. Sultan Salahuddin,
50580 KUALA LUMPUR
2 September 2022
12.00 tengahari
NOTA:-
1. Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai di pautan tersebut. (https://bit.ly/3aBbOXY) pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 19 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022 sebelum jam 11.59 malam.
2. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY dalam tempoh (3) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi nombor akaun untuk tujuan pembayaran.
3. Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna berserta kata laluan atau pautan muat turun melalui emel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada Jcloud pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 5 Ogos 2022 hingga 12 Ogos 2022
4. Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 12.00 tengahari Tarikh Tutup Tender.
Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK,SPKK,PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.
Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender boleh dicapai melalui Storan Atas Talian yang telah diberikan oleh Pegawai Memanggil Tender (PMT).
Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibayar secara atas talian secara transaksi segera (intant transfer) sahaja dan bukti transaksi perlu dikemukakan melalui e-mel kepada PMT dan disalinkan ke alamat e-mel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my sebagi slip bayaran.
Sebarang kesilapan petender dalam membuat bayaran akan mengakibatkan petender tidak menerima e-mel yang mengandungi nama petender beserta kata laluan dan pautan muat turun dokumen dan bayaran akan dikembalikan.