Langkau ke kandungan utama
0

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan pada 25 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Rafflesia dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Yang Berusaha Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir dan turut dihadiri oleh wakil pengurusan BPTA JPA iaitu Timbalan Pengarah BPTA JPA, Yang Berusaha Tuan Mohd Hamzah Murghayah Abdullah dan turut disertai tiga juruaudit yang diketuai oleh Puan Selvakumari a/p Selvadasan dan wakil-wakil zon EKSA di KKR.

Pelaksanaan pengauditan bagi pensijilan semula EKSA di KKR oleh barisan juruaudit daripada BPTA JPA bermula pada 25 Mac 2024 dan akan berakhir pada 27 Mac 2024. Menyingkap latar belakang pelaksanaan EKSA, ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada sektor awam di Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita