Langkau ke kandungan utama
1

Menteri Kerja Raya Telah Merasmikan Hari QLASSIC 2018 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. 

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2018: Menteri Kerja Raya Telah Merasmikan Hari QLASSIC 2018 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hari QLASSIC merupakan satu acara tahunan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem penilaian kualiti dalam industri tempatan disamping bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf pemaju industri pembinaan yang telah mencapai prestasi tinggi. 

Pada Majlis ini sebanyak 25 pemaju, 31 kontraktor, dan 32 arkitek telah menerima Anugerah Hari QLASSIC kerana telah memperoleh lebih 80 markah daripada 37 buah projek pembinaan antaranya Anugerah Khas Bagi Markah QLASSIC Tertinggi Kategori Bangunan Kerajaan iaitu bagi Projek Ibupejabat SPRM (7G1) Precint 7 Putrajaya yang mana anugerah diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd selaku pemaju, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd selaku kontraktor dan Arqhitectnia selaku arkitek. Manakala anugerah tertinggi iaitu "Best of The Best QLASSIC Achievement Award 2018" adalah projek Azalea 2 / Phase NU6B2, Nilai Impian, Negeri Sembilan yang mana anugerah diberikan kepada Sime Darby Property Berhad selaku pemaju, Idaman Ikhlas Sdn Bhd selaku kontraktor dan Neuformation Architects Sdn Bhd selaku arkitek.

Berdasarkan statistik, sistem QLASSIC telah membawa perubahan dari segi peningkatan kualiti projek pembinaan bangunan iaitu dari 10 projek dari pada tahun 2013 ke 37 projek pada tahun 2017.

YB Tuan Baru Bian dalam ucapan beliau berkata sistem QLASSIC merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia dapat memberi penilaian secara objektif terhadap kualiti mutu kerja projek pembinaan melalui sistem permarkahan.
 
Majlis ini juga telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak CIDB dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dimana penilaian melalui sistem QLASSIC akan digunakan sebagai syarat untuk mendapat pinjaman dana dari BPMB.

Majlis Diteruskan dengan Penyampaian Anugerah QLASSIC 2018 sebelum diakhiri dengan sesi pembentangan oleh Pemenang Terbaik Anugerah QLASSIC 2018. 

Turut Hadir Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ IR. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid, dan Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi Datuk Ir. Elias Ismail

Tarikh Dan Waktu Acara