Langkau ke kandungan utama
1

Menteri Kerja Raya rasmi jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia 2014/2015

KUALA LUMPUR, 29 September – Menteri Kerja Raya YB Datuk Fadillah bin Hj Yusof hari ini telah merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) 2014/2015 di sini hari ini.

Jerayawara LJM 2014/2015 ini akan berlansung sepanjang tahun di negeri – negeri terpilih.

Antara objektif jerayawara ini ialah untuk memberi penerangan berkaitan Pindaan pada akta-akta profesional berkaitan profesion kejuruteraan dengan tujuan untuk merangkumkan liberalisasi perkhidmatan professional.

Datuk Fadillah Yusof berkata, pindaan ini apabila diluluskan, kewarganegaraan tidak lagi menjadi halangan bagi jurutera dari mana-mana rantau di dunia untuk mengamalkan dan menubuhkan khidmat perundingan di negara ini.

"Begitu juga, jurutera kami akan diberi peluang yang sama untuk mendapat manfaat di dunia," katanya ketika berucap pada jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Kumpulan sasar Jerayawara LJM 2014/2015 ini adalah jurutera berdaftar, pihak berkuasa tempatan dan agensi yang berkaitan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita