Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 Peringkat Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2018: Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2018 Peringkat Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian bertempat di hadapan Lobi Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Program ini merupakan simbolik bermulanya Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya dengan tema pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya dan Agensi.

Aturcara majlis termasuk sesi penyerahan bendera oleh YB Menteri Kerja Raya kepada Ketua- ketua Agensi dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi kementerian. 

Menteri Kerja Raya dalam ucapan beliau mengucapkan syukur kerana dapat bersama- sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang disamping menyeru kepada warga KKR supaya turut bersama-sama menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan untuk menyemai dan seterusnya menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

Turut memeriahkan majlis Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBhg. Datuk Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) YBhg. Dato' Abdul Razak Bin Jaafar, dan ketua- ketua bahagian serta agensi

Tarikh Dan Waktu Acara