Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 Oleh YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 17 OGOS 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian telah hadir ke Majlis Penyerahan Felo Perdana anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seramai 60 orang graduan dari dalam dan luar negara ditempatkan di kesemua 27 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara bertujuan untuk membantu Menteri Kabinet dalam urusan pentadbiran kerajaan dan menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Tempoh mereka ditempatkan adalah antara enam minggu hingga tiga bulan.

Perdana Menteri dalam ucapannya berharap agar program ini membuahkan hasil dan yakin dengan minat dan semangat yang ditunjukkan oleh generasi muda maka banyak pencapaian akan diperolehi melalui sistem ini. 

Daripada 60 orang peserta Felo Perdana yang baru dilantik ini, dua orang felo telah ditempatkan di Kementerian Kerja Raya iaitu Nur Nazurah binti Mohd Nasir yang merupakan graduan daripada University of Sydney, Australia dan Tan Chee Yong yang merupakan graduan daripada King’s College, London.

Tarikh Dan Waktu Acara