Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Persimpangan Southville City

BANGI, 12 November – Majlis Pecah Tanah tapak Projek Persimpangan Southville City daripada Lebuhraya Utara – Selatan telah berlangsung hari ini bertempat di Pejabat Galeri Jualan dan Pameran Southville City di Bangi.

Upacara pecah tanah ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya bersama-sama lembaga pengurusan kanan Mah Sing Group Berhad yang dipengerusikan oleh YBhg. Jen. Tan Sri Yaacob bin Mat Zain.  Ini merupakan tanda sokongan kerajaan terhadap inisiatif pihak swasta bekerjasama membangunkan infrastruktur negara yang seimbang dan lestari.

Dengan pembinaan akses terus dari Lebuhraya Utara – Selatan ke Southville City ini kelak, dianggarkan 230 ribu penduduk sekitarnya termasuk Bandar Baru Bangi yang merupakan pusat industri, pendidikan dan perumahan akan memperoleh manfaat seperti pembangunan produktiviti perdagangan, kemasukan pelabur dan yang paling penting impaknya kepada keselesaan penduduk dan komuniti setempat. 

Tarikh Dan Waktu Acara