Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat

TELUK INTAN, 25 Mei 2014 : Komitmen kerajaan untuk mengutamakan rakyat sekali lagi terbukti apabila projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Banting-Taiping) dilancarkan secara rasmi hari ini oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  

Projek lebuh raya menghubungkan antara dua negeri iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan dan Negeri Perak Darul Ridzuan ini mampu merangsang pembangunan sosio ekonomi sepanjang jajaran koridor. Projek yang bernilai RM5,044 juta yang dijangka siap dalam 5 tahun ini akan memberi sekurang-kurangnya 25,000 peluang pekerjaan semasa pembinaan dan 1,000 pekerjaan semasa operasi kelak.

Lebuh raya ini akan dibina dengan empat lorong dua hala (Dual-Two) dengan jarak keseluruhan jajaran Banting, Selangor hingga ke Changkat Jering, Perak adalah 233km. Selain daripada itu lebuh raya ini menyediakan 21 persimpangan serta menghubungkan lebuh raya SKVE, PLUS KESAS, LATAR dan SHAPADU.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Yusof, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Himmat Singh.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita