Langkau ke kandungan utama
1

Majlis MoC Tadbir Urus, Integriti dan Pencegahan Rasuah dalam Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 13 November – Satu Majlis menandatangani Memoradum Kerjasama (MoC) antara Kerajaan Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Persatuan-persatuan Industri Pembinaan telah diadakan di Kompleks Kerja Raya hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memastikan sebuah industri pembinaan negara yang bebas rasuah dan beroperasi dengan tadbir urus yang baik serta integriti yang tinggi di dalam dan luar negara.

Pihak yang terlibat menandatangani MoC ini ialah pihak Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, pihak Agensi Kerajaan iaitu YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).

Manakala pihak persatuan industri pembinaan yang terlibat pula ialah Master Builders Association Malaysia (MBAM), Real Estate And Housing Developers’ Association Malaysia (REHDA), Association Of Consulting Engineers Malaysia (ACEM), Malaysian Institute Of Architects (PAM), The Institution Of Engineers Malaysia (IEM), Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM)

Acara menandatangi ini disaksikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan YB Senator YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Antara hasil pemeteraian MoC ini ialah Penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Induk (JKI) yang akan bermesyuarat dua (2) kali setahun dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kerja Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi sebagai mekanisme penyelesai masalah hingga ke peringkat kabinet serta Penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Pelaksana (JKP) yang akan bermesyuarat tiga (3) kali setahun dan dipengerusikan bersama oleh Ketua Eksekutif CIDB dan Presiden IIM.

Tarikh Dan Waktu Acara