Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Amanat Amanat Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018)

SHAH ALAM, 17 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato' Haji Mahfoz Omar hadir ke Majlis Amanat Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) yang akan berlangsung di Bangkok Thailand dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar & Kemahiran Lanjutan (The Centre for Instructor and Advanced Skill Training, CIAST) Shah Alam.

Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) akan berlangsung dari 26 Ogos hingga 5 September 2018 dan dalam pertandingan ini, Malaysia telah menghantar seramai 131 orang delegasi rasmi diketuai oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Ts Nidzam bin Kamarulzaman merangkumi 24 bidang yang disertai dari 25 bidang yang dipertandingkan.

Majlis disempurnakan dengan oleh YB Dato' Haji Mahfoz Omar dengan amanat yang disampaikan kepada para peserta yang mengambil bahagian sebelum diteruskan dengan sesi pembacaan ikrar, penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen dan penyerahan cenderahati kepada para Pakar Pengajar bagi pertandingan kali ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board,CIDB) Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid

Tarikh Dan Waktu Acara