Langkau ke kandungan utama
0

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Ke Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2024

Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 11 Mac 2024 dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh tiga puluh satu (31) peserta yang diketuai oleh Puan Norlilawati Binti Ramli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan KPN dan turut disertai bersama Jawatankuasa EKSA KPN.

Antara lain tujuan lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan EKSA di KKR serta mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada KKR dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA pada tahun ini.

Taklimat pelaksanaan EKSA di KKR telah disampaikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA KKR  yang dipengerusikan oleh Puan Suhana Binti Md Sharif selaku Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merupakan urusetia induk bagi EKSA kepada peserta yang hadir. Dua (2) zon telah dipilih untuk lawatan penanda aras kali ini iaitu Zon Dahlia (Bahagian Kewangan) dan Zon Lavender (Unit Integriti).

KKR sebagai kementerian yang telah menerima Pengkitirafan EKSA oleh MAMPU Kategori Cemerlang dan Sijil Penarafan Malaysia Government Performance Index (MyGPI) 2022 kategori Platinum sentiasa mengalu-alukan jalinan perkongsian ilmu dua hala bersama-sama agensi-agensi kerajaan.

Tarikh Dan Waktu Acara