Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya ke ABM Wilayah Selatan

JOHOR BAHRU, 19 OGOS 2018: Satu lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellent) di TWI-ABM, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan telah diadakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir bertempat di ABM Tampoi, Johor Bahru.

Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah melawat beberapa bay latihan seterusnya mendengar taklimat mengenai ABM Wilayah Selatan, Johor dan Taklimat Centre of Excellence (CoE)  oleh wakil daripada ABM. 

YB Timbalan menteri juga telah diperkenalkan kepada peserta- peserta yang mewakili Malaysia ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) yang akan berlangsung di MPACT Arena, Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand dari 26 Ogos hingga 5 September 2018 serta Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB). YB Timbalan Menteri juga dibawa menyaksikan demonstrasi ujian pressure vessel yang dijalankan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menghantar wakil seramai 46 orang yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Antarabangsa KKR En. Azman bin Ibrahim dan akan bertanding dalam tujuh bahagian iaitu Welding, Bricklaying, Wall & Floor Tiling, Refrigeration & Air Conditioning, Mechanical Engineering Design – CAD, Electrical Installations, dan Joinery.
Sebelum mengakhiri lawatan, YB Timbalan Menteri mengadakan sesi fotografi kenangan bersama staf dan kakitangan ABM. 

Turut Hadir Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board,CIDB) Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

Tarikh Dan Waktu Acara