Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja Projek Lebuhraya Pan-Borneo Jajaran Sarawak

KUCHING, 15 November – Sebagai tanda keseriusan Kementerian Kerja Raya (KKR) menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo (LPB), satu lawatan kerja telah diadakan di dua lokasi jajaran lebuhraya itu dan diketuai oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Dalam lawatan kerja tersebut, Menteri Kerja Raya bersama-sama pihak pengurusan atasan Kementerian dan Agensi serta pihak media telah meninjau tapak projek menaik taraf Jalan Kuching–Serian, Batu 10 Hingga Batu 15.

Cadangan menaik taraf jalan tersebut merupakan satu dari cadangan hasil Kajian Highway Network Development Plan (HNDP) pada tahun 1992dan skop projek adalah menaik taraf jalan sediada dua (2) lorong dua (2) hala kepada empat (4) lorong dua (2) haladengan piawai U5 sepanjang 8.5 km berpembahagi jalan.Projek ini dijadual untuk ditender pada bulan Mei 2015.

Satu lagi lokasi yang dilawati ialah jejambat Jalan Tun Jugah - Jln Song - Upland Interchange yang telah siap dinaik taraf pada 18 April 2013 melibatkan skop kerja membina jejambat baru empat lorong dual-carriageway di persimpangan Jalan Song dengan Jalan dari Bandar Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Taklimat di lokasi lawatan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir. Zuraimi Haji Sabki.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita