Langkau ke kandungan utama
1

Kejohanan Sukan Kerja Raya 2014

ARAU, 30 Oktober - Negeri Perlis Indera Kayangan telah terpilih menjadi tuan rumah Temasya Kejohanan Sukan Kerja Raya kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 29 Okt sehingga 1 Nov 2014. 

Sebanyak 31 kontijen terdiri yang daripada pasukan-pasukan di bawah Kementerian Kerja Raya, Agensi-agensi dan Syarikat-syarikat Konsensi mempamerkan semangat kesukanan dan komitmen yang tinggi dengan menghantar wakil bagi setiap 15 acara yang dipertandingkan.

Johan keseluruhan menjadi milik PLUS Expressway Berhad yang berjaya membawa pulang 6 pingat emas, manakala tempat kedua berpihak kepada Kesas dengan memperolehi 5 emas, tempat ketiga pula dimenangi oleh Kementerian Kerja Raya dengan 3 emas.

Perasmian temasya ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin manakala Perasmian penutupannya pula oleh YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.  kedua-dua acara besar ini berlangsung di Stadium Mini, Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Perlis.

Temasya sukan ini adalah acara dwitahunan yang dilancarkan bagi menggantikan sukan tahunan Highway Games yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 di ITM, Shah Alam dan dianjurkan di bawah usaha bersama Kementerian Kerja Raya dan Syarikat Konsesi bagi memupuk semangat dan merapatkan lagi hubungan antara agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara