Langkau ke kandungan utama
1

Himpunan IBS Bumiputera Kebangsaan

KUCHING, 6 Disember - Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan seminar Himpunan IBS Bumiputera Kebangsaan selama dua hari bermula hari ini bertempat di Hotel Pullman, Kuching.

Tujuan penganjuran seminar ini adalah adalah memberi pendedahan kepada kontraktor dan usahawan binaan Bumiputera bahawa Sistem Binaan Berindustri atau lebih dikenali sebagai Industrialised Building System (IBS)  mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan reka bentuk pembinaan, mempercepatkan tempoh pembinaan serta seterusnya mengurangkan tahap kebergantungan terhadap pekerja asing dalam industri pembinaan negara.

Menurut ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, pelaksanaan Industrialise Building System (IBS) ini telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan melalui 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK 1/2013 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mana seterusnya didokong kuat menerusi Roadmap IBS 2011–2015 yang disediakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Malah menurut beliau lagi, dalam Rolling Plan Ke–4, Rancangan Malaysia Ke–10 (RMKe–10), sejumlah 161 buah projek atau 19% daripada 848 jumlah keseluruhan projek bangunan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya yang dilaksanakan secara IBS.

Tarikh Dan Waktu Acara