Langkau ke kandungan utama
1

CIDB Sasar Latih 28,000 Personel Binaan Tahun 2014

KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mensasarkan akan melatih 28,000 personel binaan tahun ini dalam pelbagai bidang yang mempunyai permintaan tinggi dan dijangkakan sekurang-kurangnya 80 peratus akan terus diserapkan dalam industri sebaik sahaja tamat latihan.

Demikian intipati ucapan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Yusof, sewaktu merasmikan dan menyampaikan sijil kecekapan kemahiran kepada 300 graduan pada Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah Timur dan Utara milik CIDB, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut YB Datuk Haji Fadillah Yusof juga telah sudi menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh rakan strategik ABM, termasuk lima syarikat pembinaan antarabangsa iaitu Cementaid Sdn Bhd, Lend Lease Projects (M) Sdn Bhd, UAC Berhad, BWYS Group dan Urbanisma Consulting Group (UCG) serta Yayasan Pelajaran MARA dan persatuan Kontraktor Jentera Melayu Malaysia (PKJMM) bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam bidang latihan pembinaan berimpak tinggi.

Pada tahun lepas, CIDB telah berjaya melatih 27,424 personel binaan dan 75 peratus daripada mereka telah berjaya mendapat perkerjaan. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, ABM juga telah berjaya melatih hampir 200,000 personel binaan.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara