Langkau ke kandungan utama
1

Bilik Rehat Pemandu – Tanda Penghargaan KKR

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Sebagai menghargai perkhidmatan para pemandu di Kementerian Kerja Raya (KKR), pihak pengurusan atasan melalui YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR telah berbesar hati meluluskan permohonan untuk menyediakan satu bilik persinggahan pemandu.  Bilik ini terletak di tingkat bawah Blok B, Kompleks Kerja Raya dan mula beroperasi pada awal Februari tahun ini.

Berhubung perkara tersebut, satu majlis merasmikan Bilik Rehat Pemandu telah diadakan pada hari ini oleh YBrs. Encik Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KKR.  Menurut beliau, bilik tersebut merupakan satu kemudahan kepada para pemandu supaya mereka dapat berehat dengan selesa serta ia merupakan satu tanda penghargaan atas perkhidmatan mereka yang dilihat penting dalam organisasi KKR.  Harapan beliau adalah supaya para pemandu dapat menjaga kemudahan tersebut berdasarkan akujanji yang telah ditandatangani oleh setiap pemandu.

Para pemandu pula melahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberi dan ia merupakan peluang terbaik bagi semua pemandu untuk mewujudkan semangat berpasukan apabila dapat berkongsi ilmu dan pengelaman sesama mereka.  Ia dizahirkan melalui temubual bersama Encik Mohd Rozi bin Ibrahim dan melalui ucapan wakil pemandu, Encik Omar bin Yahya.  Majlis ini turut dihadiri SUB Pentadbiran, SUB Kewangan serta beberapa kakitangan yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal pemandu.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita