Langkau ke kandungan utama
1

100 Graduan ABM Sarawak dirai

KUCHING, 16 NOVEMBER - Seramai 100 orang pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sarawak diraikan dalam Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Hotel Pullman Sarawak di sini hari ini.

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, telah sudi merasmikan majlis  tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Dalam ucaptamanya, beliau menyatakan daripada jumlah keseluruhan latihan yang dijalankan oleh ABM di seluruh Malaysia yang kini mencecah 286,000 orang, ABM Sarawak telah berjaya melahirkan 12 peratus alumni yang bukan sahaja berjaya membantu menaikkan taraf hidup keluarga masing-masing malah ada diantara mereka yang turut berjaya membuka syarikat sendiri dan memperolehi pendapatan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Para graduan telah menerima sijil kecekapan kemahiran masing-masing dalam tujuh bidang iaitu, Pemasangan Perancah (Scaffolding), Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Air Conditioning & Mechanical Ventilation), Operasi Kren Bergerak (Mobile Crane Operation), Pendawaian Grade 2 (Wireman Grade 2), Chargeman, Lukisan Pelan Senibina (Architectural Drafting) dan Kimpalan (Welding). ABM Wilayah Sarawak berjaya melahirkan 35,000 pekerja mahir di dalam pelbagai bidang pembinaan sejak ia diwujudkan 17 tahun lalu di negara ini.

Pada majlis itu juga, satu majlis bertukar memorandum persefahaman antara ABM dan beberapa syarikat turut diadakan bagi meneruskan program usahasama ABM dan Industri di dalam penyediaan latihan yang lebih kompetitif dan efektif.

Antara syarikat yang terlibat dalam kerjasama itu termasuklah, Konsultant Timur, Sarawak Consolidated Industries Berhad – SCIB, Borneo Safety Training Services – BSTS, dan Smart Paints (M) Sdn Bhd.

Tarikh Dan Waktu Acara