Page 21 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 21
BIL PERIHAL PERTANYAAN
13. PTJ menerima tuntutan bayaran Fi Ukur daripada Lembaga Jurukur Tanah. Mohon nasihat dan
pandangan berkaitan tatacara pembayaran Fi Ukur ini.
Maklum balas:
BA berpandangan pembayaran fi ini hendaklah menggunakan Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan
Kerajaan di dalam Sistem iGFMAS. Pihak tuan hendaklah mengambil perhatian penggunaan kod akaun
seperti yang berikut:
i. Deposit Fi (Refundable): Kod Akaun A0529112; atau
ii. Yuran Fi (Expense off): Kod Akaun B0229112.
14. PTJ telah menyediakan Inden Kerja bagi Kerja Siasatan Tanah dengan amaun yang tidak tepat
berjumlah RM250,000.00 di mana amaun yang sepatutnya dan tepat adalah berjumlah RM131,864.16.
Setelah pembetulan dan cetakan semula dilakukan, amaun bagi Inden Kerja tersebut masih tidak
berubah.
Maklum balas:
Berdasarkan semakan BA pengurangan tersebut telah dibuat dan amaun tanggungan telah kemaskini.
Perincian semakan seperti yang berikut:
18

