Page 22 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 22

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             Justeru  itu,  PTJ  dimohon  untuk  melampirkan  laporan  pengurangan  tersebut  bersama  –  sama  dokumen
             pembayaran dan menyemak pengurangan tanggungan tersebut ianya telah ditambah pada vot terlibat.

        15.  PTJ mendapati kesilapan bayaran berjumlah RM 28,000.00 telah dibuat kepada Sub-Kontraktor XYZ Sdn Bhd
             yang mana sepatutnya amaun tersebut dibuat kepada Sub-Kontraktor DEF Sdn Bhd. Mohon khidmat nasihat
             berhubung  tatacara  yang  boleh  dibuat  oleh  pejabat  ini  untuk  tujuan  pembetulan  bayaran  dan  proses
             pemulangan bayaran kepada pembekal.


             Maklum balas:

             Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan 327 (a) sebagaimana berikut:



















             Pembayaran  balik  hendaklah  didapatkan  balik  daripada  penerima  pembayaran  dengan  secepat
             mungkin.  PTJ juga perlu merujuk kepada Arahan Perbendaharaan 327 (b) hingga (f) untuk situasi selanjutnya

        16.  Pihak ABC Construction Sdn. Bhd. telah mengambil Insurans Contractor All Risks (CAR) daripada MSIG
             Insurance (Malaysia) Berhad dan tempoh liputan Insurans tersebut telah tamat pada 11 Julai 2023.
             Memandangkan kontraktor masih lagi melaksanakan kerja – kerja pembaikan di tapak dan juga selaras
             dengan  Klausa  39.4  Syarat-Syarat  Kontrak  PWD  Form  DB  (Rev.1/2010),  tempoh  liputan  Insurans
             hendaklah masih berkuatkuasa selagi projek ini tidak dikeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
             (CMGD) bagi keseluruhan Kerja.
             Berikutan  kegagalan  pihak  kontraktor  memperbaharui  Insurans  menurut  Klausa  39.4,  maka  pihak
             Kerajaan atau Pengarah Projek bagi pihak Kerajaan selaku pihak yang berkepentingan di bawah kontrak
             dibenarkan untuk mengambil tindakan memperbaharui insurans selaras dengan Klausa 39.5 Syarat-
             Syarat  Kontrak.    PTJ  hendak  mendapatkan  pengesahan  berkaitan  kaedah  pembayaran  yang  boleh
             dibuat  sama  ada  menggunakan  LO  atau  melalui  kaedah  lain  sekiranya  pihak  Kerajaan  perlu
             memperbaharui insurans tersebut bagi pihak kontraktor.

             Maklum balas:

             Merujuk  kepada  Pekeliling  Perbendaharaan  PK5.1  Perolehan  Menggunakan  Sistem  ePerolehan.  Merujuk
             kepada  isu  yang  dibangkitkan,  bagi  pembelian  perkhidmatan  insuran  hendaklah  menggunakan  Pesanan
             Kerajaan di dalam Sistem eP, pihak puan hendaklah merujuk Para 3 PK 5.1 seperti berikut
















                                                           19
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27