Page 24 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 24

BIL  PERIHAL PERTANYAAN


















             Dalam perkara ini, BA berpandangan PTJ hendaklah mendapatkan kelulusan khas pembayaran daripada
             Pegawai Pengawal melalui Bahagian Kewangan.

        19.  PTJ  telah  menerima  satu  permohonan  tuntutan  pembayaran  fi  pemeriksaan  dan  penyeliaan  serta
             bayaran sumbangan modal kepada Syarikat Air ABC Berhad.

             Namun demikian, bayaran kepada Syarikat ABC tersebut telah dijelaskan terlebih dahulu oleh pihak
             kontraktor  pada  29  Disember  2023  di  atas  arahan  Jabatan  Kerja  Raya  Jasin,  Melaka.  Pembayaran
             dilaksanakan  bagi  mengelakkan  kelewatan  proses  pemeriksaan,  kelulusan  dan  penyambungan
             bekalan air ke tapak.  Mohon pandangan samaada pembayaran kepada kontraktor boleh dijelaskan
             atau pun tidak memandangkan pihak kontraktor telah mendahului pembayaran kepada ABC.

             Maklum balas:

             Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK3.2 Kos Perkhidmatan Perunding; Para 3. Kos Imbuhan Balik
             (IB)

             3.1.  Kos IB adalah Iain-lain perbelanjaan (selain daripada yuran perunding) yang dibuat oleh perunding
                   mengikut  keperluan  sesuatu  projek/kajian.  Kos  IB  adalah  merupakan  perbelanjaan  sebenar  yang
                   dibuat oleh pihak perunding tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
             3.1.1  Butiran  serta  kadar  bayaran  kos  IB  hendaklah  berpatutan  dan  tuntutan  hendaklah  dikemukakan
                   dengan resit/bil;
             3.1.2  Bagi  bayaran  kos  IB  tanpa  resit  selain  daripada  kos  IB  secara  pukal  (lump  sum)  yang  dibenarkan
                   hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Agensi;
             3.1.3  Dokumen  yang  perlu  disediakan  oleh  perunding  yang  akan  dibayar  balik  oleh  Kerajaan  hendaklah
                   dinyatakan dengan jelas di dalam Terma Rujukan (TOR). Bagi salinan dokumen yang telah dibuat dan
                   diberikan kepada pihak lain tanpa arahan Agensi, tuntutan tersebut tidak akan dibayar oleh Kerajaan;

             PTJ perlu menyemak Terma Rujukan (TOR) atau klausa yang terdapat dalam kontrak/ perjanjian perunding
             tersebut.
        20.  PTJ mempunyai 2 bayaran tuntutan perbelanjaan perubatan bulan Disember 2023 Allahyarhamah S
             berjumlah RM4,083.00. Tuntutan ini disenaraikan dalam bayaran AP58(a) tahun 2023.

             Maklum balas:

             BA  difahamkan  PTJ  ingin  mendapatkan  penjelasan  sama  ada  pembayaran  ini  boleh  diteruskan
             memandangkan pegawai tersebut telah meninggal dunia.  Tuntutan ini merupakan rutin pegawai sebelum
             meninggal dunia dan BA berpandangan ianya telah mendapat kelulusan pihak berkuasa bagi membenarkan
             tuntutan dibuat.

             Pegawai  adalah  layak  membuat  tuntutan  kerana  ianya  telah  pun  diluluskan  pihak  berkuasa
             berkaitan.  Memandangkan situasi pegawai yang telah meninggal dunia, pembayaran tidak dapat dibuat

                                                           21
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29