Page 25 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 25

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             kepada penuntut sebagaimana sebelum ini.  Namun, pembayaran boleh diteruskan dengan merujuk kepada
             Surat  Pekeliling  Akauntan  Negara  Malaysia  (SPANM)  Bilangan  5  Tahun  2023  Para  9.1.3  Pembayaran
             Tunggakan Emolumen Dan Tuntutan Yang Belum Diterima.

             Walau bagaimanapun PTJ adalah dimohon untuk menyemak dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi
             menentukan  PTJ  Pembayar  bagi  tuntutan  tersebut  sama  ada  di  PTJ  terakhir  pegawai  atau  Jabatan
             Perkhidmatan Awam(JPA) kerana dikhuatiri terdapat dua kali tuntutan.

        21.  PTJ  menerima  permohonan  pembayaran  balik  Yuran  Pertubuhan  Profesional  pada  15/12/2023,
             permohonan dikuiri kerana tidak lengkap (tiada tandatangan Ketua Jabatan) dan diterima semula pada
             05/01/2024.  Justifikasi  kelewatan pegawai baru mendaftar  dan  membuat  bayaran  pada  31/10/2023
             tetapi beliau tidak tahu bahawa bayaran tersebut boleh dituntut. Kelulusan Ketua Jabatan adalah pada
             05/01/2024.  Ketua  Jabatan  bercuti  mulai  14/12/2023  hingga  31/12/2023.  Mohon  penjelasan  pihak
             tuan/puan adakah permohonan ini tertakluk kepada pembayaran AP58(a).

             Sehubungan  dengan  itu  dipohon  adakah PTJ  boleh  membuat  pembayaran  balik  tuntutan  tersebut
             memandangkan pembayaran yuran keahlian dibenarkan hanya sekali setahun. Untuk makluman unit
             kewangan PTJ telah membuat pembayaran balik bagi tuntutan pegawai berkenaan untuk tahun 2024.
             Dilampirkan salinan baucer bayaran.

             Maklum balas:

             Berdasarkan kefahaman BA, PTJ telah mengemukakan permohonan Pembayaran AP58(a) kepada Bahagian
             Kewangan (BK) KKR dan telah dikuiri dokumen tidak lengkap, resit tuntutan pada tahun 2023 manakala
             kelulusan Ketua Jabatan adalah pada 2024 dan maklumat kegagalan pegawai membuat tuntutan pada tahun
             2023.   Merujuk kepada penjelasan  pihak  puan  kepada  BK  bahawa  tuntutan  ini  merupakan  tuntutan  kali
             pertama  dan  pegawai  tiada  pengetahuan  bahawa  yuran  tersebut  boleh  dibuat  dituntut  kepada  pihak
             Kerajaan dan lewat mengemukakan tuntutan kepada Ketua Jabatan dan ianya diluluskan pada tahun 2024
             setelah Ketua Jabatan kembali daripada bercuti.  Tambahan itu, PTJ juga memaklumkan bahawa pegawai
             telah membuat tuntutan yuran pembaharuan bagi tahun 2024 dan telahpun dibayar pada 19 Januari 2024.
             Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 5 Tahun 2023, dalam perkara ini, isu pembayaran
             di bawah AP58(a) tidak terpakai kerana kelulusan Ketua Jabatan diluluskan pada 2024.

             Namun,  yang  menjadi  isu  adalah  pembayaran  yuran  akan  dibuat  dua  (2)  kali  pada  tahun  2024.   Yuran
             pembaharuan tahunan profesional perlu dibayar sekali sahaja dalam setahun.  Pembayaran dua kali yuran
             profesional dalam tahun yang sama adalah tidak dibenarkan.  Mohon pastikan tiada dua kali pembayaran
             balik  yuran  profesional  dalam  tahun  yang  sama  serta  seboleh-bolehnya  pembayaran  dilakukan
             mengikut  tahun  perkhidmatan  itu  diterima.     Merujuk  kepada  kes  ini,  pembayaran  adalah  bagi  yuran
             tahunan  yang  berbeza.   Kami  berpandangan,  pembayaran  balik  yuran  tersebut  boleh  dibuat  dengan
             memastikan tiada pembayaran dua (2) kali dibuat bagi tahun yuran profesional yang sama.

             PTJ adalah diingatkan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memaklumkan kepada pegawai yang
             terlibat dalam tuntutan – tuntutan seperti ini agar tidak berulang dimasa hadapan.  Dalam perkara ini, Ketua
             Jabatan  adalah  bertanggungjawab  memastikan  tuntutan  yang  dikemukakan  oleh  pegawai  yang
             menjalankan  tugas  rasmi  adalah  teratur,  munasabah  dan  berpatutan  serta  menyediakan  garis
             panduan dalaman yang sesuai di Jabatan sebagai satu bentuk kawalan bagi mengelakkan pembaziran.

        22.  Berlaku kekeliruan mengenai supporting dokumen yang perlu dicop salinan diakui sah bagi perolehan
             eP. Adakah pegawai yang telah membuat cop akui sah di dokumen, pegawai tersebut tidak boleh terima
             sebarang peranan didalam sistem? Sama ada sistem eP atau iGFMAS.




                                                           22
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30