Page 30 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 30

BIL  PERIHAL PERTANYAAN
































             Sehubungan  dengan  itu,  kelayakan  pegawai  bergantung  kepada  terdapatnya   keperluan  untuk
             menginap.   Keperluan  untuk  menginap  adalah  tertakluk  kepada  perakuan  Ketua  Jabatan  yang
             bertanggungjawab mengesahkan tugas pegawai memerlukan pegawai menginap.

         5.  PTJ menerima tuntutan bayaran sewa hotel (BSH) daripada pegawai yang menggunakan akaun platform
             bayaran  ATOME.  Pegawai  didapati  menggunakan  bayaran  secara  ansuran  selama  3  bulan  untuk
             tuntutan BSH seperti di bawah:
                 i.Bayaran pertama pada 18 April 2024 sebanyak RM99.05
                 ii.Bayaran kedua pada 18 Mei 2024 sebanyak RM99.04
                 iii.Bayaran ketiga pada 17 Jun 2024 sebanyak RM99.05
             Menjadikan jumlah tuntutan BSH adalah sebanyak RM297.14. Adakah tuntutan ini layak dibayar penuh
             atau tidak?

             Maklum balas:

             Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah
             layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan selaras dengan
             Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana
             Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis) (Kuat kuasa 1 Januari 2024).

             Merujuk  kepada  situasi  PTJ,  pegawai  penuntut  telah  diarahkan  menjalankan  tugas  dan  mengemukakan
             tuntutan balik sewa hotel mengikut kadar yang telah ditetapkan.  Pegawai penuntut telah membuat bayaran
             sewa  hotel  melalui  aplikasi  Agoda  pada  18  April  2024  berjumlah  RM297.14,  yang  mana  tuntutan  balik
             mengikut  kelayakan  pegawai  adalah  sebanyak  RM240.00  iaitu,  amaun  yang  dituntut  oleh  pegawai
             penuntut.  Merujuk kepada Soalan Lazim E. Bayaran Sewa Hotel/ Elaun Lojing bilangan 20, jelas menyatakan
             tuntutan melalui laman web agoda dibenarkan.















                                                           27
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35