Page 26 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 26

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             Maklum balas:

             BA telah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK 5.1 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
             (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Bayaran.

             Selaras dengan SPANM Bilangan 5 Tahun 2023 Para 5.3.2 menyatakan dengan jelas berkaitan dokumen
             sokongan dan ringkasan situasi dokumen sokongan perlu dibuat pengesahan seperti di Lampiran B: Garis
             Panduan tersebut.

             Merujuk kepada pertanyaan kedua, sama ada pegawai yang telah membuat pengesahan dokumen diakui
             sah pada dokumen untuk mempunyai sebarang peranan di dalam sistem ep atau iGFMAS. Dalam perkara
             ini, PTJ hendaklah merujuk PK 5.1 Para 4.2.1 Capaian kepada Sistem eP.  Perincian adalah seperti berikut:

                (c)  Peranan  dan  Pelantikan  Pengguna  (i) Pegawai  Pengawal  atau  pegawai  yang  diturunkan  kuasa
                   hendaklah mengenal pasti dan melantik pegawai yang akan bertindak sebagai Pentadbir Kementerian
                   / Pentadbir Kumpulan PTJ/Pentadbir PTJ dan pengguna lain dalam Sistem eP mengikut peranan seperti
                   di  LAMPIRAN  1.  Agensi  juga  hendaklah memastikan  tiada  pertindihan  tugas  atau  peranan dengan
                   merujuk  kepada  Lampiran  1a.  Lampiran  ini merupakan  garis  panduan  sahaja  bagi  menetapkan
                   Pelulus Pelantikan Jawatankuasa / Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi/ Pelulus Pengiklanan/SST dan
                   pengguna lain dalam Sistem eP dan tertakluk kepada kesesuaian perjawatan PTJ masing-masing.

             Justeru itu, PTJ hendaklah memastikan pegawai yang diturunkan kuasa hendaklah menepati PK 5.1 tersebut.
        23.  PTJ telah menerima tuntutan bayaran balik yuran keahlian Badan Profesional bagi Lembaga Jurutera
             Malaysia  dari Penolong  Jurutera  Awam  Gred  JA29.  Pihak  Cawangan  mengambil  maklum
             bahawa pegawai  boleh  menuntut  sekiranya  yuran  tersebut  perlu  dianggotai  oleh  pegawai  bagi
             membolehkan        beliau     menjalankan       tugas     rasminya (Kumpulan       Pengurusan      &
             Profesional).   Sehubungan  itu,  mohon  pandangan,  adakah Kumpulan  Pelaksana boleh  menuntut
             bayaran balik yuran keahlian badan profesional tersebut?

             Maklum balas:

             DIkemukakan surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia bilangan (6) KK/BP10/984/714/6
             Jld.2  (SK.1/2007)  bertarikh  2  November  2007 bagi  pembayaran  keahlian  Badan  Profesional
             beserta unjuran/anggaran  jumlah  pembayaran  yang  dilampirkan  semasa  permohonan  awal  kelulusan
             bayaran balik yuran profesional oleh CDPK JKR kepada MOF sebelum ini dan tidak boleh dijadikan rujukan
             untuk tujuan pembayaran.

             Merujuk surat kelulusan tersebut di perenggan 2(i), pegawai/jurutera berkenaan adalah perlu menjadi ahli
             badan profesional berkenaan berdasarkan peruntukan akta/ peraturan tertentu bagi membolehkan beliau
             menjalankan tugas rasminya.  Merujuk juga surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia bilangan (6)
             KK/BP(DS) 10/984/714/6 Jld. 3 bertarikh 17 September 2009, perenggan 2 sebagaimana berikut:

















             Sehubungan itu, perenggan 2(i) dan (ii) di atas perlu dipatuhi sebelum tuntutan bayaran balik yuran keahlian
             pertubuhan profesional diluluskan.


                                                           23
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31