Page 31 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 31
BIL PERIHAL PERTANYAAN
Berkaitan kaedah bayaran balik pegawai penuntut dan penyedia perkhidmatan ansuran adalah di bawah
kawalan pegawai penuntut. Sama konsepnya dengan pembayaran melalui kad kredit peribadi, yang mana
amaun tunggakan kad kredit peribadi adalah di bawah tanggungjawab pegawai.
6. PTJ telah menerima permohonan tuntutan perjalanan dari seorang pegawai yang menuntut bayaran
balik tiket kapal terbang kelas perniagaan (MAS) yang telah dibeli oleh pegawai sendiri pada 23 Feb
2024 setelah tiket asal yang dikeluarkan oleh PTJ tersilap tarikh iaitu 23 Mac 2024.
Latar Belakang:
Pegawai ini telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk tarikh 23 Feb 2024 bagi perjalanan balik dari
Sandakan ke Kuala lumpur setelah selesai tugas rasmi di sana. Walau bagaimanapun, semasa tiket
dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai pada 29 Januari 2024, pegawai tidak menyedari kesilapan tarikh
tersebut. Kesilapan tarikh tiket hanya disedari oleh pegawai semasa berada di Sandakan pada 22 Feb 2024
(sehari sebelum penerbangan balik ke Kuala Lumpur). Menyedari perkara ini, pegawai telah meminta pihak
PTJ menguruskan pertukaran tiket ke tarikh yang sepatutnya (iaitu 23 Feb 2024).
Walau bagaimanapun semua penerbangan Sandakan ke Kuala Lumpur kelas ekonomi pada tarikh tersebut
telah naik kadar tambangnya sehingga melebihi RM2000, manakala kelas perniagaan bernilai RM 1931.65.
Selain dari tarikh tersebut, perjalanan Sandakan ke Kuala Lumpur yang berikutnya hanya ada pada tarikh 28
Feb 2024 (Isnin). Oleh yang demikian, pegawai telah membeli tiket kelas perniagaan tersebut bagi
membolehkannya pulang ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. Kini pegawai menuntut bayaran balik tiket
penerbangan kelas perniagaan tersebut melalui tuntutan perjalanan Bulan Mac 2024.
Mohon pandangan sama ada PTJ boleh membayar balik kadar tambang sebenar tiket penerbangan
tersebut atau membayar mengikut kelayakan pegawai (Kelas Ekonomi) sepertimana lazimnya. Dalam
kes ini tiket kelas ekonomi pada tarikh 23 Feb 2024 adalah lebih mahal berbanding tiket kelas
perniagaan.
Maklum balas:
BA merujuk kepada Arahan Pegawai Pengawal 2023, Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5 Kemudahan
Perjalanan Udara Rasmi (Kuat kuasa pada 1 April 2020), PS2.6 Kad Kredit Korporat Kerajaan dan Surat
Pekeliling Dalaman Kewangan Bilangan 2 Tahun 2022 (SPDK 02 2022) - Garis Panduan Perwakilan Kuasa
Pegawai Pengawal dan Pengurusan Tuntutan Bayaran Balik Tiket Penerbangan Untuk Perjalanan Udara
Rasmi Bagi Tiket Yang Dibeli Sendiri Oleh Pegawai.
Berdasarkan maklumat tambahan, PTJ memaklumkan bahawa:
i. Pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang diuruskan oleh PTJ menggunakan Kad Kredit
Korporat jenis flexi;
ii. Memandangkan terdapat kesilapan tarikh, PTJ telah berusaha membuat pindaan tarikh tetapi tiada
kekosongan kelas ekonomi pada tarikh tersebut; dan
iii. PTJ telah membuat tuntutan balik daripada agensi penerbangan dan telah diterima pada 29 Februari
2024 bernilai RM400++.
Dalam perkara ini, terlebih dahulu PTJ hendaklah memberi perhatian kepada terma No Show Passengers,
yang dinyatakan di WP2.5 dan SPDK 02 2022, iaitu:
28

