Page 36 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 36

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             BA berpandangan tuntutan ini boleh dibuat selagi mana ianya tidak melebihi kadar kelayakan pegawai dan
             terdapat  pengesahan  daripada  penuntut.  PTJ  adalah  bertanggungjawab  memastikan  tuntutan  yang
             dikemukakan oleh pegawai yang menjalankan tugas rasmi adalah teratur, munasabah dan berpatutan serta
             menyediakan  garis  panduan  dalaman  yang  sesuai  di  Jabatan  sebagai  satu  bentuk  kawalan  bagi
             mengelakkan pembaziran dan sekaligus memudahkan proses tuntutan bayaran balik dibuat.

         8.  PTJ telah menerima dan menyemak Tuntutan Perjalanan bagi Bulan Februari 2024 bagi pegawai yang
             mendapat kemudahan Kenderaan Jawatan (JUSA C). Pegawai telah diarahkan hadir bagi dua (2) tugas
             rasmi di JKR Kelantan dengan menghadiri Mesyuarat Jalinan Mesra Pengurusan Jabatan A Bersama
             Jabatan B JKR Negeri Kelantan pada Jam 9.30 pagi dan Jemputan Mesyuarat Sektor Pakar Bil.1/2024 di
             sebelah  petang  pada  jam  2.00  petang.  Setelah  disemak  oleh  Unit  Kewangan  Jabatan  A,  terdapat
             beberapa  persoalan  yang  perlukan  penjelasan  dan  penerangan  daripada  BA.  Pertanyaan  tersebut
             adalah seperti berikut:
                   1.    Adakah  pegawai  boleh  menuntut  tambang  gantian  memandangkan  kenderaan  jawatan  telah
             disediakan?
                   2.    Sekiranya  dibenarkan  untuk  menuntut  tambang  gantian,  kadar  Tambang  Gantian  bagi  Kelas
                     Perniagaan adalah lebih tinggi daripada tuntutan perbatuan yang sepatutnya pegawai dapat,
                     akan tetapi pegawai tidak sertakan penyata TNG bagi tuntutan tol tersebut. Bagaimanakah
                     cara atau kaedah Unit Kewangan, CKUB untuk membuat perbandingan harga bagi tugas rasmi
                     tersebut?
                   3.  Pembayaran perbatuan boleh dibayar mengikut kadar dan perkiraan seperti di WP 4.1 Para 9.1.2.2
                     sekiranya  resit  disertakan,  akan  tetapi  resit  pembelian  bekalan  bahan  api  tersebut  tidak
                     disertakan.  Boleh  atau  tidak  bayaran  dibuat  sekiranya  resit  tidak  disertakan  bagi  tujuan
                     pembayaran bahan bekalan api ini?

             Maklum balas:

             Merujuk  kepada  WP1.4  -  Kadar  dan  Syarat  Tuntutan  Elaun,  Kemudahan  dan  Bayaran  Kepada  Pegawai
             Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis).

             Tambang Gantian adalah kelayakan pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi
             seperti Para 5.8.






























             Dalam  perkara  ini,  pegawai  tersebut  tidak  layak  menuntut  tambang  gantian  kerana  telah  dibekalkan
             kenderaan  rasmi  jawatan.  PTJ  hendaklah  merujuk  WP4.1  Pengurusan  Kenderaan  Kerajaan  berkaitan
             Kenderaan Rasmi Jawatan.



                                                           33
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41