Page 39 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 39
BIL PERIHAL PERTANYAAN
12. Pegawai ini telah membeli tiket kapal terbang nombor rujukan 232-2470778603 bertarikh 17 November
2023 dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri pada 28 November 2023 berjumlah RM661.78.
Namun demikian pegawai tersebut tidak dapat menaiki penerbangan tersebut kerana cuti sakit.
Pejabat ini telah email kepada pihak Malaysia Airlines pada 3 Januari 2024 untuk tujuan refund. Pihak
Malaysia Airlines telah memberi maklum balas bahawa penumpang telah No Show mengikut terma
dan syarat tiket adalah Non-Refundable bertarikh yang sama.
Maklum balas:
BA telah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP2.5 Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi (Kuat
Kuasa Pada 1 April 2020) dan Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya 2023. Di dalam PK ini, telah
menyatakan beberapa situasi yang membawa kepada takrifan “no show passengers” . Situasi tersebut
adalah seperti berikut:
a. penumpang yang membatalkan tempahan dalam tempoh masa sebelum penerbangan seperti
yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan;
b. penumpang yang gagal melakukan perjalanan dengan penerbangan yang ditempah;
c. penumpang yang gagal melaporkan diri dalam masa yang ditetapkan;
d. penumpang yang gagal melakukan perjalanan oleh sebab tidak mempunyai dokumen yang
lengkap;
e. penumpang yang mengubah perjalanan daripada sektor yang jauh kepada sektor yang dekat
dalam tempoh masa sebelum penerbangan seperti yang ditetapkan oleh syarikat
penerbangan; atau
f. penumpang yang gagal untuk menyerahkan tiket di mana mana pejabat tiket Syarikat
Penerbangan Negara untuk penempahan semula sebelum perjalanan asal dijadualkan
bertolak sepertimana yang dinyatakan di tiket.
Bagi situasi yang dihadapi PTJ, BA berpandangan PTJ hendaklah untuk merujuk Para 7.4 Tatacara Bayaran
dan Tuntutan Denda. Sekiranya kejadian “no show” adalah tidak disebabkan oleh kesalahan pegawai maka
bayaran denda akan dijelaskan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan melalui peruntukan Perbelanjaan
Perjalanan dan Sara Hidup Kementerian/ Jabatan yang sedia ada. Peruntukan tambahan bagi tujuan
tuntutan denda tersebut tidak dibenarkan. Oleh demikian, Ketua Jabatan hendaklah membuat
pertimbangan yang teliti sebelum memberikan kelulusan. Pihak Jabatan juga hendaklah mengadakan satu
buku daftar mengenai kejadian “no show passengers” .
Bagi memastikan tatacara ini dipatuhi, adalah menjadi tanggungjawab PTJ untuk memastikan kemudahan
perjalanan udara rasmi diuruskan mengikut tatacara kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa dan
mewujudkan kawalan dalaman yang utuh dalam pengurusan kemudahan perjalanan udara rasmi selaras
dengan PK tersebut.
13. Pegawai kenderaan adalah pegawai awam dan lantikan tetap. Pegawai ditugaskan membawa
kenderaan bagi Pengarah Kanan Gred Utama B. Pegawai telah mengemukakan tuntutan perjalanan dan
elaun kerja lebih masa.
Soalan;
i). Pengarah Kanan telah disediakan kenderaan khas oleh urusetia. Pemandu ini telah memandu
kenderaan khas yang disediakan oleh urusetia dan membawa Pengarah Kanan ke tempat rasmi
36

