Page 43 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 43
AKAUN AMANAH
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. Wang Amanah BPMek digunakan untuk membuat pembelian stok untuk kerja pembaikan kenderaan.
Walau bagaimanapun, terdapat stok yang tidak dapat digunakan dalam tempoh tertentu menyebabkan
stok tersebut telah tamat tempoh. Mohon pandangan bagaimana cara PTJ untuk melupuskan stok
tersebut.
i. Stok yang dibeli adalah tertakluk dengan tatacara pengurusan stor
ii. Berpandukan surat ikatan amanah, klausa yang digunakan adalah 10.2 membayar kos pekerja
dan bahan yang digunakan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan yang akan dibayar
balik atau pengeluaran logam kuari
Maklum balas:
Merujuk kepada perenggan 5.5 Pekeliling Perbendaharaan WP10.4, pengendalian Akaun dan pengurusan
Amanah/Kumpulan Wang Amanah hendaklah sentiasa tertakluk kepada Akta Tatacara Kewangan 1957,
terma-terma Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah, Arahan Perbendaharaan (AP), peraturan-peraturan
kewangan lain yang berkaitan dengannya dan apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan
dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sekiranya penyumbang ada menyatakan terma-terma dan
syarat-syarat sumbangan secara bertulis, terma dan syarat itu hendaklah diikuti.
Dalam perkara ini PTJ memaklumkan bahawa pembelian stok ini telah tertakluk kepada klausa surat ikatan
amanah selaras dengan WP10.4 telah mematuhi tatacara pengurusan stor. Sehubungan itu, kaedah
pelupusan stok hendaklah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Am 6.9 Tatacara Pelupusan Stor
Kerajaan (TPS): Pelupusan. Memandangkan pembelian stok ini menggunakan Akaun Amanah, adalah
menjadi tanggungjawab PTJ untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus terlebih dahulu berhubung
pelupusan stok tersebut sebelum prosedur pelupusan stok dilaksanakan.
40

