Page 45 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 45
PERAKAUNAN ASET
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. Hasil daripada penemuan naziran, terdapat lima (5) aset yang telah dibuat pengauditan dan dapati
kelas aset yang didaftarkan adalah A1432102 iaitu Bangunan Pejabat (termasuk Institut Pelajaran dan
Institusi Penyelidikan). Walaubagaimanapun, pihak naziran telah mendapati aset-set tersebut adalah
Aset Jalan (Infra). Sehubungan itu, naziran berpandangan agar kelas aset ini diperbetulkan untuk
diperakaunkan dalam sistem iGFMAS.
Mohon pencerahan daripada Bahagian Akaun (Seksyen Perunding), KKR untuk membuat pelarasan
semula daripada Kod Kelas aset Bangunan Pejabat (termasuk Institut Pelajaran dan Institusi
Penyelidikan) kepada Aset Jalan (Infra). Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh cawangan ini bagi
memastikan pengelasan aset tersebut mematuhi perakaunan aset iGFMAS. Untuk makluman, PTJ
membayar bagi setiap aset tak alih ini adalah PTJ negeri dan Cawangan ini juga telah membuat
pengelasan aset di dalam sistem iGFMAS tetapi masih ralat.
Maklum balas:
Untuk makluman, PTJ menyedia hendaklah AO yg sama dgn PTJ membayar. Oleh itu, bagi isu ini, PTJ bayar
yang perlu membuat pengelasan aset tersebut.
2. Berdasarkan Laporan Baki Aset (LBA) PTJ X, KKR sehingga 31 Disember 2023, terdapat satu ID aset yang
telah dijana dan aset berkenaan dimaklumkan bukan aset di bawah PTJ X. Baucar bayaran Pembinaan
Pondok Keselamatan di Menara Kerja Blok G tersebut telah dilaksanakan oleh PTJ Y sebagai PTJ
Pembayar di mana peruntukan telah disalurkan daripada Cawangan Dasar Pengurusan Korporat
(CDPK) melalui PTJ X sebagai PTJ yang dipertanggung.
Selaras dengan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan SPANM Bil.3/2022, aset yang bukan milik
perlu dipindahkan kepada pemilik aset untuk tujuan dipermodalkan oleh pemilik aset berkenaan. Oleh
itu, Cawangan ini mohon pencerahan daripada Bahagian Akaun, KKR, adakah aset tersebut perlu
dipermodalkan di bawah PTJ Y sedangkan aset tersebut bukan di bawah milik PTJ Y.
Maklum balas:
Berdasarkan rekod Laporan Baki Aset (LBA) di sistem iGFMAS, ID aset Pembinaan Pondok Keselamatan di
Menara Kerja Blok G terletak di bawah PTJ CSFJ dan dimuat naik secara migrasi. BA sedang melaksanakan
Naziran Khas Aset Tak Alih (ATA) ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) KKR. Antara penemuan awal
pelaksanaan Naziran Khas tersebut adalah isu penentuan milikan ATA. Isu tersebut telah dibincangkan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPA) Bilangan 1 Tahun 2024
sebagaimana cabutan minit berikut:
42

