Page 40 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 40

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             tersebut. Bolehkah tuntutan penginapan, makan dan kerja lebih masa pemandu dibayar kerana tidak
             memandu kereta rasmi jawatan. Rekod Touch&Go juga tiada membuktikan perjalanan dibuat kerana
             pegawai tidak menggunakannya atas sebab kereta telah disediakan oleh urusetia.

             Maklum balas:

             Berdasarkan kefahaman BA ini adalah seperti berikut:
                 -   Kenderaan yang digunakan adalah kenderaan projek
                 -   Pegawai JUSA B dibekalkan Kenderaan Rasmi Jawatan X70, namun apabila melibatkan pemantauan
                    projek, kenderaan projek akan digunakan beserta pemandu.  Namun, pada situasi ini, kenderaan
                    projek tidak disertakan pemandu.  Pemantauan projek ini telah menggunakan pemandu Jabatan dan
                    pegawai ingin membuat tuntutan penginapan, makan dan kerja lebih masa.

             Bagi  memastikan  isu  adalah  teratur  dan  mengikut  peraturan  berkuatkuasa,  PTJ  adalah  dimohon
             memastikan Pekeliling Perbendaharaan PK4.6 ditepati dengan mengambil perhatian kepada Para seperti
             berikut:

                1.  Kriteria Dan Kelayakan Perkhidmatan Kenderaan Projek;
                2. Syarat Pelaksanaan;
                3. Perkara Yang Perlu Dimasukkan Dalam Dokumen Tender; dan8. Pemantauan Terhadap Kenderaan Dan
                Peralatan Projek.

             Dalam  perkara  ini,  BA  berpandangan,  tuntutan  ini  tidak  boleh  dibuat  kerana  berdasarkan PK  4.6  Para
             4.9 Perkhidmatan  kenderaan  4WD  yang disediakan  oleh kontraktor kepada  Agensi Pelaksana  hendaklah
             disertakan bersama dengan pemandu. Ini adalah kerana kos perkhidmatan kenderaan yang diperolehi telah
             termasuk elaun pemandu.  Pegawai dan kakitangan awam adalah dilarang sama sekali
             memandu sendiri kenderaan 4WD tersebut.  Namun yang demikian, pihak puan hendaklah merujuk PK 4.6
             bersama Dokumen Perjanjian Projek berkaitan.

             Selain itu, selaras dengan Para 11 PK yang sama Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pematuhan
             mengenai perolehan perkhidmatan kenderaan dan peralatan projek dilaksanakan berdasarkan peraturan
             yang ditetapkan.
        14.  PTJ ingin mengadakan bengkel di Istana Budaya tetapi persoalannya, bolehkah PTJ bayar TNT dan OT
             kakitangan Istana Budaya untuk bengkel tersebut?

             Maklum balas:

             Seperti yang PTJ sedia maklum, selaras dengan Arahan Perbendaharaan 100 berkaitan Tuntutan Perjalanan
             Pegawai Awam perlu dipatuhi seperti berikut:

























                                                           37
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45