Page 42 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 42

PUKAL

        BIL  PERIHAL PERTANYAAN

         1.  PTJ telah membuat pengemaskinian akaun pukal pada 18 Januari 2024. Hasil dari semakan Laporan
             Akaun Pukal Yang Dipertanggungkan Seperti Pada 04.03.2024 Bagi Tahun Kewangan 2024 mendapati
             kod dipertanggungkan masih belum dikemaskini ke kod tanggungan yang baru. Semakan juga telah
             dibuat di Laporan Kedudukan Vot B Bagi Bulan 3 Tahun Kewangan 2024 mendapati baki peruntukan
             adalah negatif sebanyak (RM370,795.41) disebabkan kos tersebut telah dicaj ke tanggungan BKP.
             Mohon  khidmat  nasihat  mengenai  tindakan  lanjut  yang  perlu  dilaksanakan  bagi  membolehkan
             sebarang pelarasan dilaksanakan untuk hal ini.


             Maklum balas:

             BA telah membuat semakan di Sistem iGFMAS dan mendapati PTJ pertanggung masih lagi di bawah PTJ BKP.

             Pengemaskinian kod PTJ pertanggungan baharu telah dibuat, oleh itu PTJ dimohon untuk membuat semakan
             ke atas laporan - laporan terlibat bagi memastikan pengemaskinian tersebut telah berjaya dibuat.
         2.  Bahagian  Kewangan  (BK)  sebelum  ini  telah  menyalurkan  peruntukan  untuk  bayaran  Sewaan  dan
             Penyelenggaraan Kenderaan SPANCO secara pukal menerusi Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) KKR
             ke  CDPK.  Namun  dengan  merujuk  kepada  emel  BA  pada  2  Januari  2024,  bermula  pada  tahun  ini,
             Bahagian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tersebut terus kepada CDPK dan tidak lagi melalui
             BKP. Hasil dari semakan pada 09.01.2024 bagi Laporan Kedudukan VOT B bagi bulan 1 Tahun Kewangan
             2024 mendapati baki peruntukan adalah negatif sebanyak (RM103,713.82) disebabkan kos tersebut
             telah dicajkan ke tanggungan BKP.

             Sehubungan  dengan  itu,  dipanjangkan  sesalinan Laporan  Kedudukan  VOT  B  bagi  bulan  1  Tahun
             Kewangan 2024 CDPK yang berkaitan untuk rujukan puan selanjutnya. Mohon khidmat nasihat puan
             mengenai  tindakan  lanjut  yang  perlu  dilaksanakan  bagi  membolehkan  sebarang  pelarasan
             dilaksanakan untuk hal ini.

             Dimaklumkan bahawa, melalui keputusan yang di uat semasa sesi semakan Belanjawan tahun 2024
             oleh Cawangan Belanjawan Mengurus, BK KKR bermula pada tahun 2024 peruntukan bagi Sewaan dan
             Penyelenggaraan Kenderaan bagi  SPANCO  JKR tidak  lagi  di salurkan kepada CDPK  melalui BKP.  BK
             telah menyalurkan peruntukan tersebut terus kepada CDPK.

             Untuk makluman BA, BKP telah menerima emel dari pihak CDPK memaklumkan Baki Peruntukan VOT
             B  bagi  bulan  Januari  2024  berbaki  negatif disebabkan  kos  bagi  Pukal  SPANCO  telah  dicajkan  ke
             Tanggungan  BKP.  Bersama-sama  ini  di  panjangkan emel  dari  pihak  CDPK  yang  memohon  khidmat
             nasihat untuk makluman dan perhatian puan selanjutnya.

             Maklum balas:

             Merujuk kepada situasi PTJ, terdapat dua (2) tindakan CDPK yang diperlukan bagi memastikan perbelanjaan
             bagi pembayaran pukal SPANCO menepati perubahan semasa, iaitu seperti berikut:

                    a.   Pengemaskinian Akaun Pukal
                         Pengemaskinian akaun pukal mengikut PTJ Pertanggung baharu

                    b.     Pelarasan perbelanjaan SPANCO daripada PTJ Pertanggung BKP kepada PTJ Pertanggung BK
                         CDPK hendaklah membuat pelarasan melalui Baucar Jurnal S5
                         -    Dt 010107 PTJ Pertanggung BK
                         -    Kt 010112 PTJ Pertanggung BKP



                                                           39
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47