Page 47 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 47

PELARASAN

        BIL  PERIHAL PERTANYAAN

         1.  JKR  telah  membuat  tiga  (3)  bayaran  kepada  ABC Enterprise  berkenaan  Kerja-Kerja  Pembaikan
             Decorative Facade Panel, Gutter, Waterproofing & Lain-lain Kerja Yang Berkaitan Kementerian Luar
             Negeri pada tahun 2023.

                   i.   Butiran bayaran adalah menggunakan Vot P13 / 28020101 / 00700 / 003 / 0038 (Kod Akaun
                        B0228102).
                   ii.  Namun, terdapat kesilapan di mana bayaran tersebut sepatutnya di caj kepada Vot B13 /
                        28020101 / 050400 (Kod Akaun A1432102).
                   iii.  Dengan  ini,  Unit  kewangan  memohon  pandangan  dari  Seksyen  Perunding  berkenaan
                        tatacara pelarasan yang melibatkan nombor baucer 12001086, 12001279, 12001478 yang
                        berjumlah RM124,700.00 tersebut.

             Maklum balas:

             BA  dimaklumkan  bahawa  Bahagian  Akaun  Kementerian  Luar  Negeri  (BA  KLN)  telah  berurusan  dengan
             Jabatan  Akauntan  Negara  Malaysia  (JANM)  berkaitan  perkara  ini.   Berdasarkan  makluman,  KLN  akan
             menyalurkan  peruntukan  bagi  tujuan  pelarasan.   Sehubungan  itu,  tuan  diminta  berhubung  secara  terus
             dengan BA KLN bagi menyelesaikan isu pelarasan tersebut.

             Selain  itu,  PTJ  adalah  dimohon  untuk  memastikan  pemantauan  secara  berkala  dibuat  bagi  setiap
             peruntukan  yang  diterima  untuk  memastikan  perbelanjaan  dibuat  kepada  peruntukan  yang  tepat.   PTJ
             adalah diingatkan untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang.

















































                                                           44
   42   43   44   45   46   47   48