Page 46 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 46
Sehubungan itu, BPF perlu mengadakan perbincangan dan penyelarasan bagi menentukan pemilik aset
bangunan yang sebenar serta selaku PTJ Tanggung dalam sistem iGFMAS dan bertanggungjawab terhadap
transaksi perakaunan berkaitan aset bangunan.
3. Projek AUC ini adalah Kerja Ubahsuai dan Naiktaraf kerja-kerja sivil untuk Bangunan Rasmi Jabatan B
Lot PT111 Putrajaya. Pada tahun 2023 butiran projek ini adalah P06 96000 006 0007 di bawah Kod Akaun
A2032102. Butiran ini adalah penyaluran dari Pentadbiran PTJ A (B3 PTJ 21XXXXXX).
Sehubungan itu, penyaluran tahun 2024 dari PTJ yang sama telah disalurkan kepada JKR WPP pada
09.1.2024 butiran P06 96000 006 0008. Unit kewangan telah mendaftar aset untuk mendapatkan
Nombor Aset untuk membuat bayaran kerana butiran projek berbeza dengan tahun 2023. Dengan ini,
PTJ memohon pandangan, adakah betul tatacara mendapatkan maklumat aset ini sebelum baucar
bayaran diproses.
Maklum balas:
Seperti yang PTJ sedia maklum, PT perlu mewujudkan ID aset yang baru dan boleh meneruskan proses
bayaran.
43

