Page 44 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 44
WANG JAMINAN PERLAKSANAAN
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. Dimaklumkan bahawa, PTJ menerima Perakuan Bayaran Interim No. 13 daripada Pasukan Projek
Khas bagi projek Pembinaan Kuarters pada 5 April 2024 dengan jumlah RM2,671,700.00 tanpa
menggunakan Borang JKR 66 yang dicetak daripada SKALA (dilampirkan). Unit Kewangan juga telah
membuat bayaran seperti yang diperakui melalui baucer yang telah dikeluarkan (dilampirkan).
Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati nilai potongan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) di
dalam Interim No. 13 telah melebihi 5% nilai keseluruhan Harga Kontrak. Di mana nilai WJP bagi projek
ini adalah sebanyak RM3,225,000.00 (SST dilampirkan). Namun di dalam Interim No. 13 nilai
keseluruhan potongan WJP (terkumpul) adalah sebanyak RM3,306,156.03 iaitu telah
melebihi RM81,156.03 (rujuk lejar IPC No.13).
Apakah tatacara pelarasan yang boleh dilaksanakan dan dokumen yang perlu PTJ lampirkan, agar
proses pembayaran interim berikutnya dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Maklum balas:
PTJ boleh melaraskan terlebih potongan WJP tersebut melalui interim yang seterusnya jika projek masih
berkuat kuasa dan pembayaran muktamad belum diselesaikan atau; PTJ membuat pembayaran
menggunakan Modul invois tanpa PT dengan memilih butang Bayaran Wang Jaminan Pelaksanaan (KW).
Tatacara pelarasan boleh disemak di Manual Pengguna iGFMAS.
41

