Page 37 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 37
BIL PERIHAL PERTANYAAN
9. Adakah payment confirmation booking hotel seperti yang disertakan boleh diterima sebagai resit/
Invois untuk tuntutan perjalanan dalam negeri (TNT).
Maklum balas:
Berdasarkan Soalan Lazim, Kementerian Kewangan (MOF) membenarkan tuntutan balik sewa hotel seperti
di Pertanyaan 20 muka surat 20.
Dalam perkara ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan tuntutan yang dikemukakan oleh
pegawai yang menjalankan tugas rasmi adalah teratur, munasabah dan berpatutan serta menyediakan garis
panduan dalaman yang sesuai di Jabatan sebagai satu bentuk kawalan bagi mengelakkan pembaziran
selaras dengan Para 3 WP1.4.
PTJ boleh merujuk senarai semak yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKR dan Soalan Lazim MOF
sebagai rujukan, di link yang berikut:
i. https://www.kkr.gov.my/ms/perkhidmatan/muat-turun/borang-kewangan
ii. https://ppp.treasury.gov.my/soalan-lazim/muat-turun
10. Pegawai berikut telah membeli sendiri tiket kapal terbang bagi perjalanan ke Labuan atas urusan
rasmi. Tuntutan belian balik tiket pegawai telah dipotong oleh PTJ kerana terdapat pembelian add-ons
yang tidak wajar dibayar. Pegawai menyatakan bahawa pembelian add-ons tersebut adalah promosi di
dalam pakej yang dipilih. Namun demikian, berdasarkan Arahan Perbendaharaan WP 2.5, Perenggan
5.2, add-ons yang dibenarkan adalah hanya insuran. Bahagian ini juga ada membuat perbandingan
harga tiket bagi perjalanan yang sama dari pegawai lain dan tiada caj tambahan diambil oleh pegawai
tersebut kecuali insuran.
Bolehkah tuntutan bayaran balik pegawai ini dibayar kerana pegawai menuntut amaun add-ons yang
dipotong oleh PTJ?
Maklum balas:
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP2.5 Para 5.2. Kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila
membuat pembelian tiket penerbangan secara atas talian tanpa menggunakan WPUA, iaitu:
34

