Page 38 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 38

BIL  PERIHAL PERTANYAAN






















             Dalam perkara ini PTJ hendaklah bertanggungjawab memastikan pelaksanaan ini hendaklah mematuhi PK
             berkaitan, selaras dengan Para 4.1, iaitu:

                   i.   Memastikan peruntukan mencukupi sebelum pembelian tiket kapal terbang dilaksanakan;
                   ii.   kaedah pembelian tiket penerbangan berdasarkan harga yang menguntungkan Kerajaan;
                   iii.  Pembelian tiket penerbangan melalui WPUA adalah diutamakan berbanding kaedah perolehan
                        yang lain;
                   iv.  Walau  bagaimanapun,  Kementerian/Jabatan  diberikan  kelonggaran  untuk  pembelian  tiket
                        penerbangan melalui kaedah-kaedah melalui Kad Kredit Korporat (KKK), Pesanan Kerajaan (LO)
                        atau  Pembelian  sendiri  oleh  pegawai.  Dengan  membuat  perbandingan  harga  dengan  WPUA
                        untuk memastikan kadar harga yang terendah diperolehi.

        11.  Adakah pegawai layak dibayar 2 bayaran sewa hotel untuk tarikh yang sama tapi hotel yang berbeza?

             Maklum balas:

             Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah
             layak  menuntut  elaun,  kemudahan  dan  bayaran  mengikut  kadar  dan  syarat  seperti  Pekeliling
             Perbendaharaan  WP1.4.   Merujuk  kepada  isu  yang  dihadapi  pihak  puan  terdapat  kekeliruan  berhubung
             sewaan hotel dua lokasi di hari yang sama.  Bagi situasi ini, BA berpandangan adalah seperti berikut:

             Kenyataan Tuntutan:
             BA  berpandangan  pegawai  perlu  memastikan  kenyataan  tuntutan  tepat  dan  mengikut  kejadian
             sebenar.   Dalam  perkara  ini, pegawai  penuntut  hendaklah  mematuhi  WP1.4  Para  4.  Pegawai  adalah
             bertanggungjawab  memastikan  tuntutan  yang  dikemukakannya  adalah  teratur,  munasabah,  berpatutan
             dan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.




             Tuntutan Penginapan:
             Dalam  situasi  ini,  pegawai  telah  memulakan  pergerakan  dan  exit  di  Juru  pada   jam  1.31  pagi.   BA
             berpandangan, bil hotel  tersebut  layak dituntut dan memastikan kadar yang dituntut  tidak melebihi kadar
             yang telah ditetapkan dengan kelayakan pegawai.

             Namun,  dalam  perkara  ini, Ketua  Jabatan  adalah  bertanggungjawab  memastikan  tuntutan  yang
             dikemukakan oleh pegawai yang menjalankan tugas rasmi adalah teratur, munasabah dan berpatutan serta
             menyediakan garis  panduan  dalaman yang  sesuai  di  Jabatan  sebagai satu  bentuk  kawalan bagi
             mengelakkan pembaziran selaras dengan Para 3 WP1.4





                                                           35
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43