Page 23 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 23
BIL PERIHAL PERTANYAAN
17. Jabatan mempunyai kader JKR, berkaitan bayaran balik badan profesional yang dianggotai oleh
pegawai-pegawai JKR kami masih mengguna pakai Surat Edaran MOF bertarikh 2 November 2007
(seperti di lampiran). Memandangkan surat edaran ini sudah terlalu lama untuk dibuat rujukan, oleh
itu kami memohon surat edaran terbaru (jika ada) untuk rujukan kami dalam menguruskan tuntutan
bayaran balik pegawai JKR. Selain itu, kami juga memohon pandangan tuan/puan berkaitan tuntutan
bayaran balik pembaharuan kad hijau CIDB, adakah layak dituntut dan jika ya adakah terdapat surat
edaran yang berkaitan.
Maklum balas:
PTJ boleh merujuk Surat Kelulusan Kementerian Kewangan berhubung kemudahan Tuntutan Pembayaran
Kad Hijau Untuk Penjawat Awam Yang Bertugas Di Tapak Binaan melalui surat rujukan
KK/BP/DS10/984/714/6 JLD. 3)SK.1/2010)(10)(14) bertarikh 12 Oktober 2010.
18. Pada 30.11.2023 PTJ telah memproses baucar bayaran bernombor 12003516 (rujuk lampiran:
TUNTUTAN INTERIM NO.1) bagi Inden Kerja bernombor 530000060 (tahun 2023). Bayaran Inden tersebut
adalah Interim No.01. Setelah selesai bayaran, kami telah melepaskan baki tanggungan inden tersebut
kerana penutupan akaun 2023 dan tiada makluman bahawa terdapat bayaran seterusnya iaitu Interim
No.02 akan dituntut pada tahun 2024.
Oleh yang demikian, PTJ ingin memohon nasihat dan pandangan untuk PTJ menyelesaikan baki bayaran
inden tersebut pada tahun ini.
Maklum balas:
Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) BIL. 7 2023 Lampiran A: Garis Panduan
Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2023. Bagi kes ini, adalah merujuk kepada
perkara 3 muka surat 12/58 seperti berikut:
20

