Page 20 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 20
BIL PERIHAL PERTANYAAN
Bagi tujuan pembayaran tanpa pesanan kerajaan, PTJ perlu mendapatkan kelulusan permohonan
pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (ITPK) kepada Pegawai Pengawal melalui Bahagian
Kewangan KKR.
11. Adakah pegawai boleh menggunakan resit pembelian tahun 2021 - resit tersebut telah digunakan
semasa bayaran tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Tahun 2021 tetapi bayaran
tersebut telah dikutip semula kerana tidak layak - kurang dari 3 tahun (tuntutan terakhir pegawai pada
tahun 2019) bagi tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Tahun 2022. Tahun 2022 pegawai
menerima pingat tetapi tidak membeli baju tetapi ingin menuntut tuntutan Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi 2022 menggunakan resit pembelian tahun 2021 (yang telah digunakan
semasa tuntutan tahun 2021).
Maklum balas:
BA merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 – Tatacara
Pengurusan Bayaran. BA berpandangan penggunaan resit tahun 2021 adalah tidak munasabah. PTJ
hendaklah merujuk AP99(a) dan (c) melibatkan dokumen sokongan tuntutan.
12. Kontraktor telah membuat bayaran Fi Pemeriksaan & Penyeliaan Serta Bayaran Sumbangan Modal
Kepada Syarikat Air ABC Bhd. Mohon pandangan adakah bayaran balik kepada Kontraktor bagi kerja
yang telah dilaksanakan berjumlah RM11,564.80 dapat diselesaikan.
Maklum balas:
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK3.2 Kos Perkhidmatan Perunding; Para 3. Kos Imbuhan Balik
(IB)
3.1. Kos IB adalah Iain-lain perbelanjaan (selain daripada yuran perunding) yang dibuat oleh perunding
mengikut keperluan sesuatu projek/kajian. Kos IB adalah merupakan perbelanjaan sebenar yang
dibuat oleh pihak perunding tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
3.1.1. Butiran serta kadar bayaran kos IB hendaklah berpatutan dan tuntutan hendaklah dikemukakan
dengan resit/ bil;
3.1.2. Bagi bayaran kos IB tanpa resit selain daripada kos IB secara pukal (lump sum) yang dibenarkan
hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Agensi;
3.1.3. Dokumen yang perlu disediakan oleh perunding yang akan dibayar balik oleh Kerajaan hendaklah
dinyatakan dengan jelas di dalam Terma Rujukan (TOR). Bagi salinan dokumen yang telah
dibuat dan diberikan kepada pihak lain tanpa arahan Agensi, tuntutan tersebut tidak akan
dibayar oleh Kerajaan;
PTJ perlu menyemak Terma Rujukan (TOR) atau klausa yang terdapat dalam kontrak/ perjanjian perunding
tersebut.
17

