Page 18 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 18

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             Maklum balas:

             Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK 7.3 Penyertaan Latihan Yang Dianjurkan Oleh Agensi Kerajaan
             Atau Syarikat Swasta “Latihan” adalah ditafsirkan sebagai proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan
             menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan
             semasa dalam organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus, bengkel/ retreat, makmal (lab), seminar/ taklimat,
             kolokium, forum, simposium, lawatan rasmi/ korporat/ sambil belajar, klinik kaunseling dan program lain
             yang memenuhi definisi latihan.

             Dalam  perkara  ini,  PTJ  hendaklah  merujuk  perenggan 5.1,  Pesanan  Kerajaan  hendaklah  dikeluarkan
             sebelum perolehan dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa atau selewat-
             lewatnya  dalam  tempoh  satu  (1)  minggu  selepas  perkhidmatan  diterima.  Pegawai  Pengawal  hendaklah
             mengambil tindakan ke atas pegawai yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
         8.  PTJ  menerima  dokumen  arahan  pembayaran  dari  pihak  HOPT  bagi  bayaran  muktamad.    Namun
             demikian, hasil semakan mendapati tiada salinan Penyata Akaun Bank disertakan dan dimaklumkan
             bahawa  syarikat  sub-kontraktor  ABC  tersebut  telah  muflis.  Pihak  JKR  Negeri  juga  telah  memohon
             kepada pihak ABC untuk mengemukakan salinan penyata akaun bank melalui surat no. rujukan (60)
             dlm. JKR.D.JN.JAMB.B.86 JLD.2 bertarikh 1 April 2024 namun tiada maklum balas diterima sehingga ke
             hari  ini.   Mohon  pandangan  berhubung  kaedah  untuk  menyelesaikan  bayaran  muktamad  projek

             berdasarkan     peraturan-peraturan      yang    sedang     berkuat     kuasa     pada     masakini.

             Maklum balas:

             Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 Lampiran G5 Senarai
             Semak  Pengendalian  Pindahan  Dana  Elektronik  (EFT)  Ditolak/Cek  Terbatal,  sekiranya  penerima  bayaran
             telah muflis, hendaklah merujuk senarai semak yang berikut:







































         9.  Pihak  PTJ  telah  menerima  tuntutan  bayaran  balik  bil  telefon  bagi  bulan  April  2024  dan  terdapat
             kekeliruan berkenaan diskaun dan rebat yang diperolehi oleh pegawai di penyata bil yang dilampirkan.
             PTJ  merujuk  pekeliling  WP  2.2  (Peraturan  Mengenai  Kemudahan  Alat  Komunikasi  Mudah  Alih)  di

                                                           15
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23